Patutkah bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib?

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sasterawan ulung Inggeris William Shakespeare pernah berkata: "to be or not to be, that is the question".

Petikan pujangga itu bermain di fikiran apabila merujuk kepada sama ada bahasa Inggeris patut dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin melontarkan persoalan itu untuk dibincangkan oleh orang ramai dan bagi kerajaan mendapatkan maklum balas.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.

"Dengan itu, saya tidak fikir ia (tidak menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib untuk lulus) memenuhi tujuan kerana bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita," katanya semasa merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirby yang baru di sini hari ini.

Beliau berkata untuk meningkatkan kualiti kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris perlu dilakukan oleh guru berkelayakan.

"Mungkin idea yang baik ialah mencontohi konsep Maktab Kirby, (iaitu) menghantar guru belajar bahasa Inggeris di persekitaran yang bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya

Sementara itu, Muhyiddin berkata sumbangan guru lepasan Maktab Kirby adalah amat besar dan mereka telah berkhidmat dengan penuh dedikasi pada tahun 1950an dan 1960an iaitu ketika sekolahsekolah masih daif dan kemudahan pelajaran masih kurang.

"Walaupun negara kita masih mundur dan tahap keselamatan agak membimbangkan pada ketika itu, kehadiran guru-guru Maktab Kirby yang terlatih dalam bilik-bilik darjah telah membawa pembaharuan kepada sistem pelajaran negara.

"Saya juga dimaklumkan bahawa Maktab Kirby yang (melahirkan guru) berbilang bangsa dan agama ini merupakan 'miniature Malaysia' di mana semangat '1Malaya' dan 'Malaya Boleh' mula disemai," katanya.

Beliau berkata guru lepasan Maktab Kirby juga menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini, dan ini terbukti dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari tahun 1988 hingga 1998 iaitu Harith Laiki, Idris Tain, Lau Hut Yee dan Dr Yahya Ibrahim.

Muhyiddin turut melancarkan buku "Kirby College A Heritage" hasil tulisan Dr Shaari Isa serta merasmikan Pameran Maktab Kirby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Maktab Kirby merupakan satu eksperimen pendidikan yang unik dengan sebuah negara asing iaitu Malaya (kini Malaysia) dibenarkan membuka sebuah Maktab Latihan Guru di England pada tahun 1951.

Maktab itu beroperasi selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 1952 hingga 1962 dan telah berjaya melahirkan lebih 1,500 guru pelatih dan 405 pelatih guru, dengan bantuan pakar daripada Institute of Education, University of Liverpool. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan