Muhyiddin: Guru Sekolah Persendirian Cina diberi latihan kuasai Bahasa Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, guru-guru sekolah persendirian Cina akan diberi latihan pengukuhan Bahasa Kebangsaan bagi meningkatkan kemahiran mengajar mereka.

Ia akan dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Bagi pihak kerajaan, saya ingin mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran melalui DBP telah bersetuju untuk menganjurkan siri latihan pengukuhan Bahasa Kebangsaan untuk guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah persendirian Cina.

"Ini adalah komitmen kerajaan untuk menyemarakkan penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah persendiran Cina," katanya ketika berucap dalam Majlis Seminar Bahasa Kebangsaan dan Masyarakat Cina di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, perkara tersebut juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada peranan sekolah-sekolah itu dalam membangunkan modal insan.

"Secara khusus, saya berharap agar DBP dapat membantu meningkatkan kemahiran guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah persendirian Cina," katanya.

Dalam ucapannya Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, jati diri rakyat Malaysia dapat diserlahkan melalui penggunaan dan penghayatan Bahasa Kebangsaan oleh semua pihak tanpa mengira kaum.

"Bahasa Kebangsaan adalah jiwa negara bangsa yang ingin kita bangunkan. Justeru, marilah sama-sama kita menghayati semangat 1Bahasa 1Malaysia," katanya.

Mengulas mengenai seminar berkenaan, Muhyiddin menyifatkan ia satu pendekatan terbaik untuk mewujudkan perpaduan.

"Seminar ini bertujuan untuk menilai dan menghargai peranan masyarakat Cina dalam usaha memperkasakan Bahasa Kebangsaan.

"Langkah ini adalah baik khususnya untuk menilai semula pendekatan sedia ada dan merancang tindakan susulan yang berpontensi," katanya.

Jelas beliau, langkah tersebut adalah bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk melalui penglibatan masyarakat Cina secara kolektif dan signifikan.

Seminar sehari anjuran DBP itu turut disertai oleh Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus-pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persatuan Kebudayaan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perhimpunan Cina Malaysia dan Persatuan Penulis-penulis Aliran Cina Malaysia.

Dalam majlis yang sama Muhyiddin turut merasmikan Festival Bahasa dan Sastera serta Tabung Semarak Perpaduan anjuran DBP.

Menurut Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, program itu merupakan satu usaha memperkasakan bahasa kebangsaan di peringkat Sekolah Menengah Persendirian Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

"Sebagai permulaan, DBP akan menganjurkan Pertandingan Koir dan Pertandingan dan Deklamasi Puisi untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina.

"Bagi Sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil kita menyediakn Pertandingan Pidato dan Pertandingan Bercerita," katanya.

Pertandingan tersebut akan bermula pada bulan Jun ini dan akan berakhir pada bulan Ogos.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan