Khaled jamin kesilapan USM tidak akan berulang

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan bahawa kesilapan Universiti Sains Malaysia (USM) yang menyebabkan kekeliruan kepada ribuan pelajar barubaru ini tidak akan berulang.

Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan laporan mengenainya dijangka diterima tidak lama lagi, katanya kepada pemberita selepas melancarkan penyampaian biasiaswa Taylor's World Class kali keempat di sini hari ini.

"Kami percaya ia terjadi disebabkan kesilapan manusia. Kami akan meneliti proses keseluruhan bagi memastikan insiden malang itu tidak berulang lagi," katanya.

Kekeliruan berlaku apabila USM tersalah memaparkan senarai nama 8,173 calon yang mempunyai kriteria minimum keperluan mengikuti program pengajian di USM pada 29 Mei lalu sedangkan jumlah yang diterima masuk hanyalah 3,599 orang.

Menyedari kesilapan teknikal itu, USM telah membetulkan senarai nama yang dipaparkan itu pada 30 Mei.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Mohamed Khaled memaklumkan bahawa kementeriannya mempunyai komitmen untuk membantu pertumbuhan institusi pengajian tinggi swasta dengan memulakan beberapa inisiatif di mana keputusannya akan dikongsi dan disyorkan kepada institusi berkenaan.

Katanya kementerian telah memulakan kajian penubuhan audit di institusi itu yang akan disiapkan pada Ogos, hala tuju strategik yang akan siap pada Disember dan audit prestasi akademik (APA) yang dimulakan pada Ogos.

"Kajian audit ke atas institusi itu akan menilai aspek penubuhannya terutama dalam bidang pengurusan dan tadbir urus, kedudukan kewangan dan keupayaan, kualiti akademik dan juga kebajikan penuntut.

"Hasil dan syorsyor daripada perkara ini akan digunakan untuk meningkatkan institusi swasta berdasarkan mutu dan kualiti yang telah ditetapkan.

"Ini bagi membolehkan kementerian memahami kelemahan dan pencapaian institusi swasta dan membolehkan kita merangka dasar yang lebih baik dan mesra dan membantu mereka untuk berkembang," kata Khaled.

Hala tuju strategik pula masih dikaji oleh Institut Kajian Pendidikan Tinggi Kebangsaan (IPPTN) dengan objetktif utama untuk memastikan hala tuju institusi pengajian tinggi swasta selari dengan pelan strategik pendidikan tinggi negara pada 2020 dan pelan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi 2007 hingga 2010.

Bidang kajian yang merangkumi model operasi institusi, fakulti, kewangan, jumlah penuntut, pentadbiran, kurikulum, infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan, kerjasama dan rangkaian untuk memastikan peruntukan pengajian tinggi diurus menerusi platform yang betul sama ada secara fizikal atau intelektual.

Mengenai APA, Khaled berkata "APA akan dilaksanakan mulai Ogos ini oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) terutama untuk menetusahkan semua aspek penyedia institusi pengajian tinggi di negara ini bagi membantu kementerian untuk membuat draf dasar dan strategi. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan