Kerajaan perpaduan: Khairy ajak PAS hidupkan muzakarah

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sambil dua kali menegaskan agar PAS "never say never", Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengajak PAS menghidupkan semula muzakarah dengan Umno khususnya susulan perkembangan muktamar tahunan parti Islam itu yang berakhir semalam.

Mengambil kira persekitaran semasa dalam PAS yang memperlihatkan ada kumpulan yang menyokong muzakarah dengan Umno-BN, beliau berkata, kini adalah "masa untuk memulakan proses tersebut."

"... yang saya berharap dan saya yakin dengan memulakan usaha muzakarah tersebut, suasana yang disebutkan oleh (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru) (Dr. Mujahid (Yusof Rawa) tadi akan jadi lebih kondusif," kata beliau ketika muncul dalam program Astro Awani malam tadi.

Kedua-dua mereka muncul sehari selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Shah Alam semalam.

Isu kontroversi idea kerajaan perpaduan menjadi tumpuan sepanjang Muktamar Tahunan PAS Pusat dan sayap-sayapnya minggu lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar PAS Ke-55 Jumaat lalu menggesa kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh.

Bagaimanapun, saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan itu bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan ahli-ahli dan bekas pemimpin kanan parti itu sendiri.

Kerajaan perpaduan: DAP mahu PAS jelaskan pendirian

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, Hadi akan memberi penjelasan mengenai konsep kerajaan perpaduan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan daripada DAP dan PKR.

Nasharudin berkata, PAS tidak akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN)dan beliau yakin kerisauan di kalangan pemimpin Pakatan akan dapat diselesaikan setelah Hadi memberikan penjelasan kepada mereka.

Perbincangan antara PAS dan Umno bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Idea itu turut mendapat bantahan perwakilan PAS sendiri yang tidak bersetuju dengan perbincangan antara parti itu dan Umno.

PENJELASAN KHAIRY

Ahli Parlimen Rembau itu menjelaskan, masalah pada hari ini ialah sikap sangka buruk usaha Umno, antara lain yang telah memulakan langkah mengadakan muzakarah, yang turut menyumbang kepada suasana tidak kondusif.

"Tetapi kalau kita bersangka baik bahawa usaha baik ini bukan satu umpan untuk mengadakan atau mewujudkan kerajaan perpaduan, tetapi usaha untuk membincangkan isu-isu semasa, sudah tentunya dalam keadaan untuk mengadakan muzakarah, keadaan Perak pun kita bincangkan dengan PAS.

"Tetapi oleh kerana tiada keyakinan atau tidak ada kesinambungan dari muzakarah selepas pilihan raya umum lalu, maka kita hilang hubungan dengan PAS, dan kita terlibat dalam politik polemik yang tidak sihat.

"Sebab itu, pada hari ini saya rasa dengan kemenangan beberapa pemimpin dalam muktamar PAS baru-baru ini, yang jelas menyokong usaha untuk membincangkan isu dengan mana-mana pihak termasuk Umno dan BN, saya rasa inilah masa untuk memulakan proses tersebut," katanya.

Khairy memberikan pandangan tersebut ketika muncul di Astro Awani manakala Mujahid yang dipilih sebagai Ahli Jawatankausa Kerja PAS Pusat Jumaat lalu memberikan pandangannya menerusi telefon.

Khairy, dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Mac lalu menambah, "kalau kita terus dengan sikap prejudis kita terhadap satu sama lain, maka kita tidak akan dapat memulakan proses tersebut."

JANGAN KENAKAN PRASYARAT

"Jangan kita ada prasyarat, kita datang bincang saja, bukan akan ada keputusan dalam satu atau dua pertemuan, saya rasa tidak.

"Tetapi sekurang-kurangnya kita ada ikatan kimia di kalangan kita sebelum kita membincangkan isu yang lebih dalam pertemuan akan datang," katanya.

Dalam membincangkan idea kerajaan perpaduan atau kerajaan campuran, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar pula berkata, suasana kondusif sangat diperlukan dalam menggerakan usaha sedemikian.

"Dalam kita membincangkan soal ke depan ini, satu suasana kondusif adalah sangat perlu... suasana kondusif untuk apa saja, untuk kita berbincang, benda yang penting dan sebagainya.

"Tetapi jika suasana kondusif tidak ada, susah juga untuk pihak-pihak tertentu untuk maju ke hadapan," katanya.

Mujahid yang turut bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan PAS Jumaat lalu tetapi tewas mengakui bahawa suasana kondusif itu masih belum ada.

Justeru, Khairy menjawab perkara tersebut dengan membangkitkan kenyataan tersebut.

KOMEN MUJAHID

"Saya kira suasana kondusif itu belum ada lagi," jawab Mujahid apabila ditanya oleh hos program itu sambil menambah, "yang ada ialah apa yang berlaku di Perak itu, yang meruncingkan lagi (keadaan) dan juga peranan media."

"Saya tidak melihat media menjadi orang tengah untuk melihat perkara yang besar ini... ia hanya dijadikan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan pihak tertentu sahaja," katanya.

Mujahid mendakwa pihaknya tidak mahu perbincangan ke arah kerajaan perpaduan diadakan kerana kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

"Kita tidak mahu di mana adakalanya titik pertemuan, dikatakan krisis ini, sebenarnya bukan kepentingan nasional tetapi kepentingan pihak-pihak tertentu yang merasakan dirinya lemah sehingga merasakan perlu bersama dengan pihak lain," katanya.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Khairy yang menekankan bahawa "tetapi ini (muzakarah)adalah lebih kepada jangka panjang di mana kita hendak menaikkan politik kita kepada politik sederhana."

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan