Bersedia hadapi satu lagi kenaikan harga minyak

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peningkatan harga minyak berikutnya sudahpun bermula, dengan permintaan akan terus meningkat dan industri minyak dan gas semasa tidak dapat memenuhi semua kehendak tambahan tanpa pelaburan baru, kata Royal Dutch Shell Plc.

Menjelang 2050, penduduk di dunia akan meningkat kepada 6.0 9.0 bilion dan ini bermakna lebih banyak penggunaan tenaga, terutama di dunia bahagian ini, kata Ketua Eksekutif Royal Dutch Shell Plc Jeroen Van Der Veer.

"Jadi, kita merasakan sebagai satu falsafah yang baik untuk menjadi pelabur yang besar (sekaraang ini) dan menambah ia mengambil masa empat hingga lima tahun untuk membina loji gas asli atau kilang penapis.

"Bagaimanapun sukar diramal sejauh mana kenaikan harga minyak memandangkan tiada siapa yang mengetahui bila kemelesetan akan berakhir," kata van der Veer pada Persidangan Mintak dan Gas Asia Ke14 di sini hari ini.

"Kita tidak tahun sama ada akan berkembang perlahan keluar daripada kemelesetan, kita tidak tahun apa yang akan dilakukan oleh OPEC (Pertubuhan Negaranegara Penegskport Petroleum) dan kita tidak mengetahui mengenai kecekapan tenaga, sejauh mana tabiat pengguna akan berubah," katanya.

"Kita (juga) tidak mengetahui apakah harga patut bagi minyak, memandangkan pada asasnya ia berdasarkan permintaan dan jangkaan bekalan, dan bukan berdasarkan jumlah sebenar," katanya.

Senario jangkaan permintaan dan pasaran dilihat dalam pasaran derivatif, dan keduadua pihak mempunyai ketidaktentuan yang besar, menyebabkan harga turun naik.

Harga minyak mentah turun lebih 60 peratus berbanding setinggi AS$147 setong pada Julai 2008 kepada bawah AS$35 setong pada awal 2009, namun ia meningkat semula kepada AS$70 setong pada masa ini.

Van der Veer yang akan bersara bulan depan selepas berkhidmat dalam syarikat itu selama 38 tahun berkata industri itu tidak mempunyai pilihan antara tenaga boleh diperbaharui dan bahan bakar fosil kerana "kita memerlukan semuanya".

Menjelang 2050, 30 peratus daripada permintaan mendapatkan tenaga akan dipenuhi oleh tenaga diperbaharui tetapi sebahagian besarnya atau 70 peratus akan terus terdiri daripada bahan api fosil. Dalam jangka panjang, tenaga tidak akan diperoleh dengan murah," katanya.

Mengenai unjuran bagi gas, van der Veer berkata ia baik dan mencukupi, bukan hanya di Timur Jauh malah di Asia.BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan