PM: BN perlu jujur jalani proses introspektif

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) melakukan proses introspektif, iaitu melihat pada diri sendiri dan menilai segala kelemahan secara jujur dan berani membuat perubahan jika mahu terus kekal sebagai sebuah parti pada masa depan.

Perdana Menteri juga mahu parti komponen supaya kembali kepada soal asas perjuangan parti iaitu memperjuangkan kepentingan dengan memahami denyut nadi rakyat, dan bukannya terlalu asyik dengan proses politik dalam parti termasuk merebut jawatan demi kepentingan sendiri.

"Saya pernah nyatakan bahawa kita tidak boleh bersikap 'urusan seperti biasa' kerana keputusan pilihan raya umum ke-12 bukan satu yang biasa yang dialami BN.

"Kita juga perlu menyedari bahawa persekitaran politik sudah berubah, rakyat menuntut kepada perubahan, maka perubahan perlulah kita lakukan, kalau kita tidak berubah kita akan rebah. Justeru itu setiap parti komponen BN perlu melakukan proses yang disebutkan tadi (introspektif), lihat pada diri sendiri, segala kelemahan disuluh, proses introspektif secara jujur dilakukan," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke56 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Najib berkata, proses introspektif itu perlu dibuat semua parti komponen tanpa mengira sama ada kecil atau besar kerana semua pihak berperanan dan bertanggungjawab untuk memperkasakan BN sebagai satu institusi parti politik.

Katanya bagi sebuah parti politik dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan pula, anggota BN, terutama kepimpinan parti harus kembali kepada soal asas dan paling utama, iaitu untuk merasai denyut nadi rakyat, terutama melalui pendekatan turun padang.

"Sebab itu semasa saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, saya memperkenalkan pendekatan "walkabout" (tinjauan mesra)....jika kita dapat merasai denyutan nadi rakyat, BN akan tetap di hati rakyat," katanya.

Justeru Perdana Menteri mahu seluruh anggota BN, khasnya barisan kepimpinan parti untuk terus bekerja keras, termasuk membetulkan persepsi rakyat terhadap parti bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti.

Pada masa sama Najib mengingatkan anggota parti agar tidak terlalu asyik dengan proses politik dalaman parti sehingga melupakan tanggungjawab kepada rakyat.

"Apa yang tidak patut dilakukan ialah bersifat 'inward looking' (mementingkan diri) dalam politik dalaman parti sematamata sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kedudukan dalam parti, walaupun tahu ia tidak mendapat sokongan rakyat," katanya.

Katanya penyakit yang telah merebak di dalam BN itu perlu dihentikan segera jika BN, sebagai parti yang telah lama berkuasa mahu terus mengekalkan kedudukannya sebagai parti rakyat. "Tak apa kalau kita terpaksa korbankan diri sendiri, kerana diri kita tidak penting, yang penting ialah parti...sikap ini perlu ada jika kita mahu membawa parti ini terus ke hadapan," katanya.

Perhimpunan agung PPP kali ini menghimpunkan 4,103 perwakilan dari seluruh negara yang bertanggungjawab memilih barisan kemimpinan tertinggi parti, termasuk jawatan naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi. Bagi jawatan naib presiden, sembilan calon bertanding untuk merebut tiga kerusi berkenaan, manakala 29 calon bertanding bagi merebut 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi parti.

Jawatan presiden parti masih menjadi milik Datuk M. Kayveas yang menang tanpa bertanding.

Beliau merupakan penyandang kerusi itu sejak 1993. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan