Pemimpin PAS Kelantan ditolak masyarakat PAS - Awang Adek

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketiadaan pemimpin PAS Kelantan yang terpilih dalam Muktamar PAS adalah bukti masyarakat PAS kini menolak kepimpinan di negeri yang pernah menjadi "kubu kuat" parti itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata kedudukan pemimpin PAS Kelantan kini dilihat tergugat kerana anggota parti mula menolak ketokohan kepimpinan dari negeri Kelantan.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya punca pemimpin PAS dari Kelantan kini ditolak kecuali Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar sahaja yang dipilih dari negeri Kelantan.

"Mungkin mereka ditolak kerana ideologi kepimpinan yang berbeza. Atau mungkin ia berkait dengan isu kerajaan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas melawat Nur Abadi Garments Sdn Bhd, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pemilihan PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Ke55 yang menyaksikan tiada pemimpin PAS anak kelahiran Kelantan terpilih dalam kepimpinan PAS peringkat Pusat.

Walaupun Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa adalah Anggota Parlimen Bachok namun beliau bukan dianggap pemimpin PAS Kelantan kerana beliau hanya bertanding di Kelantan di bawah parti PAS tetapi bukan anak jati negeri ini.

Semalam, Nasharudin yang mewakili golongan ulama berjaya menewaskan dua lagi pencabar iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Sementara itu, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali ketika dihubungi Bernama berkata ketiadaan pemilihan pemimpin PAS dari Kelantan menunjukkan kemungkinan sudah wujudnya kebencian masyarakat PAS terhadap pemimpin mereka dari Kelantan.

"Mungkin perwakilan PAS luar Kelantan benci dan tidak suka kepada pemimpin PAS Kelantan atau perwakilan PAS dari Kelantan tidak mengundi pemimpin Kelantan," katanya.

Ibrahim merupakan calon Bebas yang menggunakan tiket PAS dalam pilihan raya umum 2008. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan