Konsep 1Malaysia tidak menyimpang daripada Perlembagaan Persekutuan - Najib

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TURUT HADIR..Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya.Foto THE STAR Oleh: KEVIN TAN
TURUT HADIR..Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya.Foto THE STAR Oleh: KEVIN TAN

KUALA LUMPUR: Konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sama ada secara tersurat atau secara tersirat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru, sebaliknya matlamat akhir konsep 1Malaysia iaitu perpaduan nasional menjadi wawasan utama pemerintah terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan prakasra sepanjang lebih lima dekad yang lepas.

Beliau berkata, jika disingkap kembali sejarah, semenjak mula para patriot memperjuang kemerderkaan tanah air hingga ke hari ini, usaha mencapai perpaduan nasional telah, sedang dan tetap menjadi keutamaan kerana semua pihak sedar tanpa perpaduan yang mantap dan jitu, tidak mungkin segala matlamat dan wawasan nasional dapat diterjemahkan.

"Jika diamati, apa yang berubah adalah pendekatan dan gerak kerja menurut kesesuaian zaman dan generasi yang silih berganti," katanya dalam ucapan tahniah bagi pihak kerajaan, penjawat awam dan rakyat sempena ulang tahun keputeraan Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini semalam.

Mengambil iktibar pemerintahan terdahulu, Najib berkata Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj telah mengasaskan penubuhan Parti Perikatan yang merupakan langkah konkrit sulung dalam sejarah negara bagi mencapai perpaduan di bidang politik.

"Perkara ini juga terbukti apabila masyarakat pelbagai ras di bumi tercinta ini bersatu hati, bersatu tekad dan berkongsi matlamat mereka mampu mendaki tembok yang paling tinggi, menuruni lurah yang paling curam dan menyelami lautan yang paling dalam.

"Perkara ini terbukti apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan tertubuhnya Malaysia tanggal 16 September 1963," katanya.

Selain itu, dalam ucapannya, Najib berkata bertitik tolak daripada kejadian 13 Mei, Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua telah memperluas konsep kerjasama antara kaum melalui penubuhan Barisan Nasional (BN) termasuklah penggubalan Dasar Ekonomi Baru dan penciptaan ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara.

"Usahausaha murni ini telah dilangsungkan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn.

Kemudiannya prakarsaprakarsa ini telah dilonjak ke tahap baru oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad) melalui konsep Bangsa Malaysia dan Gagasan Wawasan 2020 yang selepas itu dilestarikan pula oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi) melalui misi Nasional," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan di bawah pemerintahan Tuanku Mizan Zainal Abidin akan kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2, Bahagian 3 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan melakukan pembaharuan dan perubahan struktural secara komprehensif kepada ekonomi negara berasaskan satu model baru ekonomi.

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan matlamat negara untuk berubah dari negara berpendapatan menengah tinggi kepada kerajaan berpendapatan tinggi, tercapai.

Beliau berkata kerajaan juga akan menimbang opsyen termasuklah yang bersifat tidak konvensional dan di luar kebiasaan pemikiran lazim untuk diperhalusi.

"Model baru ekonomi ini akan menuas kreativiti, menuil inovasi serta menunjang nilai tinggi. Sehubungan itu, sebuah majlis penasihat ekonomi telah dibentuk untuk menjayakan hasrat pembentukan model baru ekonomi ini," katanya.

Najib berkata kerajaan juga telah mengemas kini dan menggubal dasardasar bagi mendepani kemelut ekonomi global.

Katanya, prioriti utama adalah memastikan negara akan mengalami impak seminimum mungkin kesan kegawatan ekonomi global, kedua berusaha untuk keluar dari kemelut ekonomi dan kewangan yang ada dengan kadar paling pantas dan ketiganya secara keseluruhan membantu rakyat menangani keperitan hidup yang dialami.

"Salah satu teras utama perpaduan adalah keadilan sosial berasaskan kepada pengagihan yang saksama. Untuk hal ini dimanifestasikan, negara memerlukan kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan dan dinamik. "Lagipun, kekayaan tidak boleh diagihkan jika kek ekonomi tidak tumbuh dan membesar," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga mengambil langkah untuk meihat semula sistem pendidikan negara dengan memasukkan elemen inovasi, kreativiti, keusahawanan dan nilainilai budaya tinggi.

Katanya, langkah itu diharap akan dapat melahirkan guna tenaga yang akan mampu menghadapi cabaran dan persaingan era ekonomi baru.

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan juga akan menyemak kembali dasardasar, undangundang dan peraturan yang sedia wujud bagi memastikan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif untuk merangsang pelaburan terus asing dalam membantu merealisasikan model baru ekonomi itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan