Influenza H1N1: Malaysia catat kes ke-7

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan kes ketujuh positif Influenza A(H1N1), melibatkan seorang pelajar perempuan warga Australia yang datang ke Malaysia bersama-sama ibunya untuk menziarah saudara mara mereka di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mereka tiba di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) dari Melbourne, Australia pada pukul 7 pagi kelmarin melalui penerbangan Air Asia X D7 2723.

"Beliau didapati mempunyai suhu badan yang tinggi semasa saringan demam menggunakan thermoscanner di LCCT, dan daripada pemeriksaaan lanjut oleh pasukan perubatan bertugas, beliau memberi riwayat telah mula demam, batuk dan sakit tekak sejak sehari sebelum tiba di Malaysia," kata Dr Mohd Ismail.

Katanya pelajar itu yang didapati mempunyai tandatanda jangkitan influenza terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.15 pagi dan dimasukkan ke wad khas pada 9.50 pagi dan disahkan menghidap jangkitan influenza A(H1N1) itu pada pukul 10.34 malam hari yang sama.

Menurut beliau, pelajar itu telah diberikan rawatan antiviral dan kini dalam keadaan stabil.

Semalam, Malaysia mengesahkan kes keenam positif Influenza A(H1N1), melibatkan seorang pelajar Malaysia yang menetap di New York dan pulang ke tanah air pada Rabu lepas dan keseluruhan tujuh kes ini adalah kes import.

Dr Mohd Ismail berkata ibu pelajar Australia itu tidak menunjukkan tanda jangkitan dan sedang diletakkan di bawah kuarintin rumah.

Pesawat Air Asia tersebut dilaporkan membawa 258 orang penumpang dan pesakit terbaru ini duduk di kerusi 31A.

Kementerian Kesihatan meminta semua penumpang pesawat tersebut terutamanya yang duduk di tiga baris di hadapan, belakang, kiri dan kanan agar menghubungi kementerian di talian 03-88810200 atau 03-88810300 antara pukul 8 pagi dan 9 malam.

Pada masa ini, beliau berkata seramai 143 kontak sedang diletakkan di bawah kuarintin rumah dan kesemuanya berada dalam keadaan sihat tanpa gejala jangkitan ini.

Kontak-kontak ini melibatkan kes ketiga, keempat, kelima, keenam serta kes ketujuh yang melibatkan seorang kontak.

Katanya kementerian sedang mengesan kontak-kontak lain termasuk penumpang penerbangan yang sama dengan kesemua kes tersebut.

Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 8 pagi ini, turut melaporkan dua lagi negara iaitu Barbados dan Arab Saudi dengan masing-masing satu kes Influenza A(H1N1).

Pada masa yang sama, sejumlah 22,092 kes dengan 125 kematian dari 69 negara telah dilaporkan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan