H1N1: Penumpang pesawat AirAsia X D7 2723 digesa lapor diri

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini menggesa semua penumpang pesawat AirAsia X D7 2723 yang tiba di Kuala Lumpur dari Melbourne, Australia, Jumaat lepas supaya menghubungi kementerian itu berikutan pengesanan kes ketujuh yang positif Influenza A (H1N1) di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penumpangpenumpang tersebut khasnya yang berada di tiga baris dari kerusi bernombor 31A (dari arah hadapan, belakang, kiri dan kanan) diminta menghubungi kementerian itu di talian 03-88810200 atau 03-88810300 dari jam 8 pagi hingga 9 malam.

Semalam, Malaysia mengesahkan kes ketujuh positif H1N1 membabitkan seorang pelajar perempuan warga Australia yang datang ke Malaysia bersamasama ibunya untuk menziarah saudara mara mereka di negara ini.

Mereka tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dari Melbourne pada 7 pagi dengan menaiki penerbangan itu yang membawa 258 penumpang dan pelajar terbabit duduk di kerusi bernombor 31A.

"Sehingga semalam, tiada kes baru dilaporkan. Jumlah kes yang disahkan Influenza A (H1N1) masih kekal tujuh kes import.

"Kelima-lima kes yang dilaporkan pada 4, 5 dan 6 Jun masih dalam rawatan dan telah beransur pulih serta berkeadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sehingga hari ini, 153 orang kontak sedang dikenakan kuarantin di rumah dan kesemuanya dalam keadaan sihat tanpa gejala jangkitan influenza A (H1N1).

Dr Ismail turut menggesa pelajar Malaysia di luar negara yang sedang bercuti musim panas supaya menangguhkan perjalanan pulang ke tanah air jika mereka mempunyai simptom penyakit itu.

Katanya bagi mereka yang telah pulang dan mempunyai tandatanda jangkitan, haruslah segera mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan.

Beliau berkata setakat ini, sejumlah 20 notifikasi kes yang mempunyai tanda jangkitan setelah kembali dari luar negara telah diterima di seluruh negara dan dimasukkan ke empat buah hospital rujukan Influenza A (H1N1) bagi tujuan rawatan dan penyiasatan.

"Daripada 20 kes itu, 16 adalah negatif terhadap influenza A(H1N1) dan empat masih menunggu keputusan," katanya.

Sehingga 8 pagi ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa jangkitan wabak tersebut bertambah 30 kes, menjadikan jumlah terbaru kes itu ialah 22,122 kes di 69 negara.

Pertambahan 30 kes baru itu ialah 14 dari Australia, China (Mainland & Hong Kong (enam), Korea (lima), Vietnam (empat) dan Malaysia (satu).

Kes kematian kekal pada 125 kes. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan