Tuanku Mizan dukacita bumbung stadium runtuh

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sedih dan dukacita dengan insiden runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama Baginda di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dekat sini, Selasa lepas.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata Tuanku Mizan melahirkan perasaan itu ketika beliau menyampaikan sembah maklum berhubung tragedi tersebut kepada Baginda pada hari kejadian.

"Pada hari ini (semalam), saya sekali lagi menghadap Seri Paduka Baginda untuk mempersembahkan maklumat serta gambargambar runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Sudah tentu Baginda sedih dan dukacita terhadap apa yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai polis Terengganu dalam operasi bersepadu cegah jenayah dan samseng jalanan di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi Selasa lepas, sebahagian struktur bumbung di tempat duduk utama, termasuk pentas diraja Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang keseluruhan pembinaannya bernilai RM292 juta, ranap.

Stadium yang boleh memuatkan 50,000 orang itu dirasmikan Tuanku Mizan pada 10 Mei tahun lepas dan yang pertama di Asia dibina menggunakan sistem bumbung tanpa sokongan tiang.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata beliau sedia mendedahkan kepada umum segala kepincangan yang berlaku termasuk berhubung insiden runtuhan bumbung stadium berkenaan, sebagai ingatan kepada pihak-pihak berkaitan supaya tragedi itu tidak berulang.

Beliau sekali lagi mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya melakukan pemeriksaan keselamatan termasuk daripada aspek pendawaian terhadap semua bangunan yang menjadi tumpuan ramai bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Ahmad turut memaklumkan bahawa beliau akan melawat bangunanbangunan tersebut supaya arahan yang diberikannya dipatuhi oleh setiap PBT di negeri ini.

Mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tragedi runtuhan bumbung stadium berkenaan, Ahmad berkata setakat ini beliau belum dihubungi oleh suruhanjaya berkenaan untuk mendapatkan keterangan daripadanya.

"Saya bersikap terbuka dalam perkara ini dan bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak untuk mengenalpasti punca tragedi runtuhan bumbung stadium berkenaan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan