Pemuda Umno tubuh Sekterian Hal Ehawal Luar Bandar

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pemuda Umno menubuhkan sekretariat baru iaitu Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) bagi membela nasib penduduk bandar tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik selaras dengan konsep "1Malaysia" gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusinya Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata penduduk bandar yang ramai berhijrah dari luar bandar tidak tahu ke mana mereka hendak mengadu apabila ditimpa masalah.

"Dengan adanya SHEb, penduduk di bandar boleh membuat aduan kepada manamana Biro Pengaduan Umno yang terdapat di kawasan mereka untuk tindakan SHEb," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Bola Sepak Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang di Batu Maung di sini, hari ini.

Turut hadir pada perasmian itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahlan.

Tengku Azman berkata kebanyakan kawasan bandar diwakili oleh wakil rakyat dari pembangkang dan ini juga menyukarkan penduduk mendapat bantuan.

"Di sinilah SHEB memainkan peranan penting dengan menjadi orang tengah dalam mencari penyelesaian kepada penduduk di bandar dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu menerusi mekanisme kami, " katanya.

Selain itu, katanya, SHEB akan mengadakan sesi dialog dari semasa ke semasa dengan penduduk bandar bagi menyelami permasalahan mereka.

Sementara itu, Norman berkata Klinik Bola Sepak yang dibuka kepada kanakkanak dan remaja di Pulau Pinang itu bertujuan melahirkan lebih ramai pemain berkaliber dari negeri itu bermula daripada usia muda.

"Selain mahu melahirkan lebih ramai pemain berkaliber, klinik selama empat jam yang diadakan mulai pukul 8 pagi pada setiap Sabtu dan Ahad itu juga diharap dapat mengelakkan remaja terjebak dengan pelbagai masalah sosial kerana mereka kini mempunyai aktiviti berfaedah untuk dilakukan," katanya.

Beliau juga berharap dapat mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dan menganjurkan pertandingan mini bola sepak selepas ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan