Husam menang tipis Timbalan Presiden PAS

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.

Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 9 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu mendapat 543 undi sekaligus menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa yang memperoleh 388 undi dan juga Mohamad Sabu yang hanya memperoleh 188 undi.

Husam menang dengan perbezaan 65 undi.

Berada di tempat kedua ialah Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005.

Ketika ditemui, wakil dan pembantu ketiga-tiga calon berkenaan enggan berkata apa-apa tetapi difahamkan perbezaan undi Husam dan Nasharudin sangat kecil.

"Kami difahamkan perbezaan undi sangat kecil," kata satu sumber kepada mStar Online.

Proses kiraan final di Stadium Malawati selesai kira-kira 1.40 pagi tadi. Pengiraan undi bermula 8.30 malam iaitu tiga jam selepas pengundian berakhir.

Pemilihan jawatan itu menjadi tumpuan di sebalik polemik mengenai peranan golongan ulama dan profesional dalam PAS.

Di sebalik keputusan Timbalan Presiden itu yang terlalu "ketat", fokus juga beralih tempat bagi saingan Naib Presiden.

Bagaimanapun difahamkan, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar dipercayai memenangi jawatan Naib Presiden.

Lima orang bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden. Dua yang lain ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah.

Jawatan Naib Presiden kosong selepas tiga penyandangnya memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukan masing-masing. Dua daripada mereka, Husam dan Muhamad Sabu bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hanya akan mengumumkan keputusan rasmi pagi ini, dijangka pukul 10 pagi.

Proses pengundian yang bermula petang tadi dan berakhir dua jam berikutnya iaitu pada pukul 5.40 petang.

Seramai 1,044 mengundi pada pemilihan kali ini termasuk 971 perwakilan.

Jawatan Presiden dikekalkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa cabaran.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan