Chong Wei penerima kedua Anugerah Darjah Bakti

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dipilih sebagai penerima kedua Anugerah Darjah Bakti (D.B.) sempena Ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Tahun lepas, Ratu Skuasy Datuk Nicol Ann David, menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berkenaan.

Penganugerahan Darjah Bakti (D.B) oleh Yang diPertuan Agong kepada jaguh badminton negara adalah sebagai penghargaan tertinggi negara di atas kejayaan beliau menaikkan nama Malaysia dalam arena badminton antarabangsa, khususnya pada Sukan Olimpik Beijing tahun lepas.

Keduadua mereka adalah dua tokoh ulung yang pada usia muda berjaya menjulang nama Malaysia dalam arena sukan antarabangsa.

Darjah Bakti diperkenalkan pada 26 Jun, 1975 dan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan amat besar kepada negara sehingga terpahat kemasyhuran di Malaysia dan yang lebih utama di peringkat antarabangsa.

Sumbangan yang diberikan adalah meliputi pelbagai bidang seperti seni, kemanusiaan dan sebagainya.

Anugerah Darjah Bakti, yang tidak membawa sebarang gelaran kepada penerimanya dan terhad kepada 10 orang penerima pada satu-satu masa.

Chong Wei, 27, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang, walaupun pernah tewas dalam beberapa kejohanan besar namun semua itu tidak mematahkan semangat untuk terus berusaha bagi mengekalkan kedudukan selaku pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang badminton secara kompetitif ketika berusia 14 tahun dengan mewakili daerah Bukit Mertajam pada Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Pulau Pinang pada 1996 dan sejak itu tidak menoleh ke belakang lagi dalam acara sukan kegemarannya itu.

Kejayaan terbesar beliau dalam sukan itu ialah meraih pingat perak dalam acara perseorangan lelaki di temasya Sukan Olimpik Beijing pada Ogos tahun lepas.

Sebagai penghargaan terhadap kejayaan beliau, Chong Wei dipilih sebanyak dua kali untuk menerima Anugerah Sukan Negara, anugerah tertinggi untuk atlet Malaysia pada tahun 2005 dan 2008.

Badminton merupakan sukan tunggal yang menyumbang pingat kepada negara di Sukan Olimpik bermula dengan kejayaan RazifJalani Sidek memenangi pingat gangsa pada 1992 di Barcelona, Sepanyol, Rashid Sidek juga meraih gangsa pada Sukan Olimpik Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1996 manakala gandingan Yap Kim HockCheah Soon Kit mendapat perak pada temasya yang sama.

Beliau turut dikurniakan dengan Anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 2006 dan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran "Datuk" oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Selain, Chong Wei, bekas pemain bola sepak Malaysia, Datuk Abdul Ghani Minhat turut menerima anugerah sempena Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong kali ini.

Abdul Ghani, 73, anak kelahiran Kampung Solok (Kg. Masjid), Rantau, Negeri Sembilan itu menerima Anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran "Datuk".

Pada zaman kegemilangannya, Abdul Ghani yang mendapat jolokan "Raja Bola" telah membantu Selangor menjuarai Piala Malaya/Malaysia pada 1956, 1959, 1961, 1962, 1963, 1966, 1968 dan 1969.

Kejayaannya di peringkat antarabangsa pula tercipta apabila membantu Malaya (ketika itu) menjuarai Pestabola Merdeka tiga tahun berturutturut dari tahun 1958 hingga 1960.

Beliau juga antara nadi skuad kebangsaan meraih pingat emas bola sepak pada Sukan SEAP (sekarang Sukan SEA) 1961 menumpaskan Burma (kini Myanmar) 21 pada perlawanan akhir.

Sebagai penghargaan terhadap jasa beliau, Abdul Ghani telah dianugerahkan dengan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 1962, Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1967 dan 1971 oleh kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, beliau mendapat gelaran "Datuk" selepas menerima Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada kerajaan Pahang pada tahun 2000 dan darjah kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) daripada kerajaan Selangor.

Beliau turut menerima Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik untuk tahun 1959 dan 1960, Anugerah Ahli Sukan Terbaik 1959 serta Anugerah Khas FAM-SAM Glamoir World of Sports pada 1996. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan