Polis masih mencari Raja Petra

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis masih lagi mencari pengendali laman blog, Malaysia Today Raja Petra Kamarudin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memaklumkan bahawa Raja Petra dipercayai berada di Brisbane, Australia bagaimanapun maklumat belum tersebut masih belum dapat disahkan lagi.

Beliau ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini ada laporan yang mengatakan Raja Petra kini berada di Brisbane, Australia bersama isterinya, Marina Lee Abdullah.

Pada 27 Mei lepas, Jabatan Imigresen dalam kenyataannya percaya Raja Petra menggunakan laluan tikus untuk ke luar negara berikutan tiada rekod keluar masuk dicatat di pintu-pintu masuk negara.

Penulis blog itu dikenakan waran tangkap buat kali kedua oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur selepas tidak hadir untuk perbicaraan kes memfitnah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan