PM: Jadikan hubungan China-Malaysia 35 tahun seterusnya lebih menarik

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sementara hubungan 35 tahun lalu telah menyaksikan perkembangan menarik antara Malaysia dan China, pemimpin dan rakyat ketika ini perlu menjadikan hubungan 35 tahun seterusnya menjadi lebih menarik.

Berucap pada majlis makan malam tadi bagi meraikan ulang tahun ke-35 permulaan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, Najib berkata ia lebih penting untuk memandang ke hadapan dan merangka hala tuju masa depan seterusnya bagi manfaat kepada rakyat.

Majlis makan malam itu dianjurkan oleh kedutaan Malaysia di Beijing, Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Majlis Perniagaan Malaysia-China dan Persatuan Rakyat China Untuk Persahabatan Dengan Negara Asing.

Di majis itu di mana kebanyakan yang hadir memakai batik, Najib berkata beliau percaya hubungan dua hala antara kedua-dua negara akan kekal kukuh sebagaimana yang digambarkan dari layanan mesra yang beliau terima sejak empat hari lalu.

Katanya hubungan Malaysia-China adalah berdasarkan kepada rasa hormat-menghormati dan percaya-mempercayai yang kukuh.

Hubungan ini telah "memberi kita asas yang kukuh untuk dibina," katanya.

China, kata beliau merupakan cerita kejayaan yang hebat dan Malaysia juga pada skala yang lebih sederhana, turut merupakan cerita kejayaan.

Perdana Menteri berkata beliau yakin bahawa China berdasarkan warisannya yang kaya dan memiliki teknologi moden, akan berubah menjadi kuasa besar ekonomi dan politik dunia.

Najib juga berkata rakyat Malaysia mempunyai pelbagai latar belakang etnik dan kepercayaan agama tetapi "kami bekerja dan hidup bersama dalam masyarakat yang harmoni dan aman."

Beliau juga berkata rakyat Malaysia dari keturunan Cina, yang memiliki keturunan nenek moyang yang sama dengan rakyat China, tetap kekal setia kepada Malaysia dan menyumbang besar kepada pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.

Memberi contoh tentang kesetiaan keturunan Cina Malaysia, beliau berkata setiap kali Malaysia bermain menentang China dalam perlawanan badminton, masyarakat Cina Malaysia tetap menyokong pasukan Malaysia.

Namun pasukan Malaysia sering tewas kepada pasukan China, katanya berjenaka.

Najib juga berkata ramai masyarakat Islam Malaysia teruja dengan masyarakat minoriti Islam China dan sering mengunjungi mereka untuk mengenali dengan lebih dekat.

Terdahulu, Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang yang turut berucap di majlis itu berkata kedua-dua negara perlu bekerjasama demi masa depan yang lebih baik.

Katanya banyak yang boleh China dan Malaysia bekerjasama seperti menerusi rancangan China untuk membina rakatnya menjadi lebih kuat dan makmur menjelang 2020 dan Wawasan 2020 Malaysia untuk mencapai status negara maju.

Li berkata banyak kerjasama yang boleh dilakukan oleh keduadua negara di bawah Pelan Tindakan Bersama untuk Kerjasama Strategik.

Pada hadirin dihiburkan dengan tarian kebudayaan dari Malaysia dan pertunjukan akrobatik dan silap mata China. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan