Obama gesa umat Islam jauhi keganasan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melambaikan tangan kepada penonton selepas menyampaikan ucapannya di Universiti Cairo —AP
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melambaikan tangan kepada penonton selepas menyampaikan ucapannya di Universiti Cairo —AP

“APA khabar?” kata Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata sebaik mengetahui saya berasal dari Malaysia.

“Lupa banyak. Bicara sikit (Saya lupa banyak tentang bahasa tapi saya boleh cakap sikit-sikit),” kata Obama yang merupakan presiden kulit hitam pertama di Amerika dalam loghat Indonesia.

Ketika zaman kanak-kanak Obama pernah tinggal di negara tersebut selama hampir empat tahun ketika ibunya berkahwin dengan warga negara Indonesia.

Obama membuat komen tersebut ketika dalam satu pertemuan dengan tujuh wartawan dari Malaysia selepas beliau menyampaikan ucapannya di Universiti Cairo dalam usahanya memulakan hubungan baru antara Amerika Syarikat dan negara Islam untuk mengakhiri krisis yang berlaku.

Ketika berucap, Obama sempat memetik beberapa ayat dari al-Quran dan beliau mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang melaungkan ungkapan 'i love u', sebagai tanda penghargaan kepadanya.

Dalam sidang media selama 40 minit bersama pihak media, soalan yang ditanya kepada beliau tertumpu kepada isu Palestin dan Israel.

Presiden Amerika itu berkata isu tersebut tidak dapat diselesaikan dengan mudah ekoran perbezaan fahaman politik kedua-dua belah pihak yang sangat berbeza, namun pada masa yang sama beliau mahu jalan penyelesaian perlu dimulakan kembali.

Beliau mengaku bahawa puak Hamas (yang telah menang pilihan raya umum di Palestin tetapi Amerika enggan mengiktiraf mereka sebagai kerajaan yang sah) "mendapat sokongan daripada sebahagian rakyat Palestin".

Hamas perlu menghentikan keganasan dan mengiktiraf kewujudan kerajaan Israel manakala Israel pula pad masa yang sama perlu menghentikan tindakan menceroboh wilayah Palestin.

"Apabila kita mengenal pasti punca masalah itu, kita akan mengambil masa yang lama untuk mengubatinya."

Beliau menegaskan bahawa bon antara kerajaan Amerrika Syarikat dan Israel tidak akan terputus kerana ia tersimpul rapi mengatasi kepentingan parti politik.

Obama berkata beliau tidak fikir bahawa gesaan yang dibuat dalam ucapannya akan mengubah cara pemikiran kumpulan pengganas seperti al-Qaeda.

"Khalayak saya bukan mereka. Saya tidak fikir mereka akan mengubah cara pemikiran mereka."

Jelasnya, mesej yang beliau ingin sampaikan itu ditujukan kepada golongan muda dan wanita di Mesir, Gaza, Tripoli dan Damsyik.

Hal ini bagi menjelaskan kepada mereka (golongan muda dan wanita) bahawa bukan sesuatu yang mustahil untuk menjadi muslim sejati dan mengubah keadaan melalui pujukan serta dialog dan bukannya melalui keganasan.

Ditanya mengapa beliau memilih Mesir dan bukannya Indonesia untuk menyampaikan ucapannya kepada negara-negara Islam kerana negara tersebut mempunyai populasi penduduk Islam yang paling ramai di dunia , Obama berkata beliau memilih Mesir kerana di kawasan Timur Tengah banyak berlakunya ketegangan antara Amerika dan negara Islam.

"Saya suka pergi ke tempat yang menjadi punca masalah, bukan menjauhinya," katanya.

Tambahnya, jika beliau memilih untuk menyampaikan ucapannya di Indonesia ia memperlihatkan bahawa dia seolah-olah "main tipu" kerana kedua-dua negara mempunyai hubungan yang cukup erat.

Selain daripada itu, ada pihak pasti akan mempertikaikannya dengan mengatakan oleh kerana beliau pernah tinggal dan ada kaka di Indonesia Obama akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan dan perkara tersebut sememangnya tidak disukainya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan