Kayveas masih Presiden PPP - ROS

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROs) memaklumkan bahawa Datuk M.Kayveas masih Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sah.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil dalam satu kenyataan hari ini berkata ROS sedang menjalankan siasatan terhadap aduan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan dalam PPP di samping meneliti maklumat lanjut dari semua pihak yang terlibat sebelum memuktamadkan siasatan.

"Sehubungan dengan itu, sehingga perkara ini dimuktamadkan, ROS ingin memberi maklum bahawa Datuk M.Kayveas masih presiden PPP yang sah.

"Maka, ROS tiada halangan bagi PPP meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan yang dijadualkan," katanya.

Pada 2 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata laporan awal ROS berhubung kemelut PPP mendapati wujud kesangsian pada pihak yang berbalah iaitu Datuk M. Kayveas dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

Murugiah sebelum ini dilantik sebagai presiden parti dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 24 Mei lepas manakala Kayveas pula diumum kekal sebagai presiden PPP apabila menang tanpa bertanding pada pencalonan rasmi parti 30 Mei lepas.

Berdasarkan laporan awal itu antara isu yang perlu diperjelaskan ialah mengenai kedudukan Kayveas dan kaitan denda yang pernah dikenakan sebelum ini.

Isu membabitkan Murugiah pula ialah mengenai kesahihan EGM yang diadakan pada 24 Mei lepas sama ada mengikut peraturan atau sebaliknya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan