Influenza H1N1: Malaysia catat kes ke-6

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengesahkan kes keenam positif Influenza A (H1N1), melibatkan seorang pelajar Malaysia yang menetap di New York dan pulang ke tanah air pada 3 Jun lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelajar berusia 28 tahun itu menaiki penerbangan Malaysia MH091 dari New York dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7 pagi Rabu lepas.

"Semasa pelajar itu tiba di KLIA, tiada simptom. Tetapi selepas masuk ke negara kita beliau mengalami demam panas, batukbatuk dan sakit tekak dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama beliau tiba," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat dan melawat bangunan baru Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Liow berkata pelajar itu disahkan menghidap jangkitan Influenza A (H1N1) pada pukul 1 petang ini dan maklumat lanjut mengenai kes keenam itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semalam, seorang pelajar Malaysia yang pulang bercuti dari Amerika Syarikat Isnin lepas menjadi kes ketiga positif H1N1, manakala kes keempat dan kelima melibatkan dua rakyat Jerman berusia 30 dan 32 tahun yang sedang bercuti di Asia Tenggara.

Liow berkata Kementerian Kesihatan telah membuat tindakan susulan untuk mengesan kontak kepada pelajar itu iaitu penumpang yang menaiki pesawat yang sama pada Rabu lepas.

"Kita hendak pastikan kes ini tidak berlaku jangkitan tempatan. Sekarang ini musim cuti pelajar dari Amerika Syarikat dan ramai lagi yang akan balik. Jadi kita akan ketatkan kawalan di semua pintu masuk KLIA," katanya.

Beliau berkata kementerian juga akan terus melancarkan kempen penjagaan diri dan akan mengeluarkan lebih banyak risalah mengenai langkah berjagajaga bagi mencegah wabak itu daripada terus menular di negara ini.

"Saya menyeru orang ramai supaya beri kerjasama kepada kementerian untuk menjaga kebersihan diri seperti menutup mulut dengan (topeng) penutup mulut, cuci tangan lebih kerap supaya tiada peluang Influenza A (H1n1) merebak ke negara kita," katanya.

Sementara itu, Liow berpuas hati dengan persiapan dan kelengkapan di bangunan baru IJN yang akan mula beroperasi secara berperingkat pada 1 Julai ini.

"Semua persiapan dan kelengkapan yang ada di IJN akan membolehkan ia melonjak ke tahap lebih tinggi. Saya gembira dengan persiapan yang dilakukan dan kementerian akan terus beri bantuan sebaik mungkin untuk memastikan IJN terus menjadi pusat kesihatan cemerlang di rantau ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan