Hishammuddin: Polis akan siasat dakwaan Manohara

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KONTROVERSI Bekas model Indonesia, Manohara Odelia Pinot melambaikan tangan kepada wartawan ketika dalam perjalanan ke rumahnya di Jakarta sebaik melarikan diri daripada suaminya yang juga Tengku Temenggong Kelantan. Foto AFP.
KONTROVERSI Bekas model Indonesia, Manohara Odelia Pinot melambaikan tangan kepada wartawan ketika dalam perjalanan ke rumahnya di Jakarta sebaik melarikan diri daripada suaminya yang juga Tengku Temenggong Kelantan. Foto AFP.

PUTRAJAYA: Polis akan menyiasat dakwaan model Indonesia Manohara Odelia Pinot - isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra - bahawa dia telah diberi layanan buruk selama menjadi isteri kerabat diraja negeri itu.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sehingga kini, belum ada laporan polis diterima berhubung isu tersebut.

Beliau turut menggesa media Indonesia agar tidak mensesnsasikan isu berkenaan.

Hishamudddin demikian berkata kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan peringkat kementerian di sini hari ini.

Kisah bekas model itu mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik Indonesia sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif.

Manohara yang mendakwa didera secara fizikal dan seksual oleh suaminya, turut menjadi berita utama 10 stesen televisyen swasta yang menyiarkan sidang media dan wawancara dengannya sekembali ke Jakarta.

Sementara itu, Hishammuddin berkata isu Manohara tidak perlu disensasikan sehingga boleh menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. "Hanya kerana ia berlaku di kalangan keluarga diraja, ia disensasikan. Di sini saya rasa media (media asing) perlu lebih bertanggungjawab, bukan media Malaysia tetapi dalam perkara ini ia melibatkan dua negara," katanya .

Manohara pulang ke Indonesia pada 31 Mei lepas dari Singapura ketika beliau berada di negara itu menemani suaminya, putera ketiga Sultan Kelantan melawat ayahanda putera itu di hospital Mount Elizabeth.

Bekas model itu yang dikahwini Tengku Temenggong pada Ogos tahun lepas dilaporkan membuat pelbagai kenyataan di media Indonesia termasuk mendakwa melarikan diri daripada suaminya kerana tidak tahan dianiaya sepanjang perkahwinan mereka.

Rabu lepas, Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan isu Manohara merupakan urusan peribadi suami isteri yang perlu diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ketika mengulas perkara yang sama berkata laporan polis dibuat di Singapura dan merekalah yang membuat siasatan.

Mengenai kejadian bot karam yang membabitkan seorang lemas, sembilan hilang manakala 22 terselamat apabila dua buah bot pancung membawa 32 pendatang tanpa izin rakyat Indonesia karam di perairan Tanjung Piai, Pontian, Johor semalam, Hishammuddin mengakui sempadan negara mudah dibolosi.

"Kita sedang memikirkan kaedah baru agar ia dapat membantu (membanteras kemasukan pendatang tanpa izin), saya akan umumkan apabila isu ini dibincang dalam jawatankuasa pekerja asing dan Jawatankuasa Kabinet pendatang tanpa izin.

"Semalam saya telah buat keputusan untuk menggabungkan keduadua jawatankuasa itu di bawah satu gerakan. Jadi, isu pekerja asing dan pendatang tanpa izin akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kabinet yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan