CEO Air Asia sudah keluar dari hospital

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes sudah keluar dari Pusat Perubatan Sunway hari ini selepas dimasukkan ke hospital berkenaan lewat Isnin lepas.

Beliau pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas pengsan di terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di Sepang sejurus kembali dari Pulau Pinang.

"Saya rasa penuh bertenaga. Saya hendak balik bekerja semula dan juga menyeimbangkan kerja dengan cara hidup yang sihat," kata Fernandes dalam satu kenyataan semalam.

"Saya berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan dan menyokong saya. Selama tiga malam di hospital memberikan saya rehat secukupnya dan menjadikan saya sedar betapa bernilainya diet yang baik," katanya.

Laporan perubatan oleh Dr Suren Thuraisingham, perunding kardiologi di pusat perubatan itu, menyatakan Fernandes dimasukkan ke hospital pada 1 Jun, 2009, dengan mempunyai sejarah masalah sinusitis yang tidak dirawat sepenuhnya, batuk dan pendehidratan.

Beliau telah dirawat dengan pendehidratan semula intravena, antibiotik dan dipaksa berehat di katil untuk selama tiga hari sebelum dibenarkan keluar.

Laporan itu menyatakan Fernandes memberikan respons yang baik terhadap rawatan dan telah diberi nasihat untuk memanjangkan lagi tempoh rehatnya di rumah sebelum kembali bekerja.

Selepas menjalani pemeriksaan perubatan yang menyeluruh beberapa bulan sebelumnya, laporan itu menyatakan bahawa Fernandes didapati berada dalam keadaan yang amat sihat dengan tiada bukti menunjukkan beliau mengalami penyakit jantung, hipertensi atau diabetis.

"Berlatarbelakangkan kesihatan dan kardiovaskular secara umum, beliau berkeadaan baik dan tidak memerlukan sebarang ubat-ubatan atau pengurusan khusus," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan