Abdul Rahim mahu jadikan Kudat pusat latihan juruterbang

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri akan berusaha untuk menjadikan lapangan terbang Kudat sebuah pusat latihan juruterbang dan sedang mengenalpasti pelabur dan pengusaha dalam bidang itu.

Anggota Parlimen Kudat itu berharap syarikat penerbangan milik kerajaan negeri, Sabah Air Sdn Bhd dapat mengambil inisiatif itu dan bersedia membuat pelaburan ke arah itu.

Beliau berkata usaha mewujudkan pusat latihan itu berikutan permintaan tinggi terhadap juruterbang Malaysia di pasaran dalam dan luar negara.

Abdul Rahim berkata juruterbang Malaysia mendapat pengiktirafan yang tinggi bagi sijil dan lesen juruterbang Malaysia khususnya oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), iaitu badan pengiktirafan tertinggi antarabangsa.

"Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengaturcara latihan teori dan praktikal berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian latihan penerbangan antarabangsa.

"Setakat ini terdapat lapan sekolah juruterbang di negara ini," kata Abdul Rahim dalam kenyataan di sini malam tadi.

Terdahulu, Abdul Rahim melawat Pejabat Jabatan Penerbangan Awam Sabah di sini dan diberi taklimat mengenai operasi radar dan fungsinya bagi menjamin keselamatan penerbangan dan pengurusan ruang udara negara.

Pada taklimat itu, beliau mencadangkan Jabatan Penerbangan Awam membina perkhidmatan radar penerbangan di terumbu layang layang bagi membolehkan Malaysia menguasai ruang udara di Laut China Selatan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan