Najib diberi penghormatan berucap di Great Hall of The People

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: China hari ini memecah tradisi dengan memberi layanan begitu istimewa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membenarkan ucapan dibuat selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diadakan West Hall, Great Hall of the People di sini.

Tidak mengikut kebiasannya, Perdana Menteri China, Wen Jiabao membuat ucapan selepas menyampaikan kepada Najib gambar hitam putih yang menunjukkan perdana menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein, iaitu ayahanda kepada Najib, sedang menandatangani pernyataan bersama dengan perdana menteri China, Zhou Enlai bagi menandakan permulaan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada 1974.

Selalunya tiada ucapan dibuat selepas majlis mendantangai MoU antara China dengan negara lain, tetapi kali ini ia dilakukan bagi menunjukkan penghargaan China kepada ayahanda Najib kerana telah menjalin hubungan diplomatik dengan China dan kepada Najib kerana memperkukuhkan lagi hubungan itu, kata para pegawai Malaysia yang mengiringi perdana menteri yang sedang melawat China. Pihak Malaysia sebelum itu telah bertanyakan sama ada ucapan boleh dibuat selepas majlis menandatangani tersebut.

Perdana Menteri kemudiannya menunjukkan gambar yang disampaikan oleh Wen itu kepada bondanya Tun Rahah Mohamed Noah, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, puterinya Nooryana Najwa dan puteranya Nor Ashman yang turut hadir di majlis tersebut.

Gambar bersejarah tersebut diambil di tempat yang sama diadakan upacara hari ini di Great Hall of the People pada 35 tahun lalu.

Wen dalam ucapannya berkata hubungan antara keduadua negara telah berkembang dan mendalam sejak dari peristiwa bersejarah silam itu dan kerajaan China tidak melupakan peranan yang dimainkan pemimpin masa lalu seperti Tun Razak dan Zhou.

Beliau turut menjelaskan ucapan dibenarkan untuk dilakukan hari ini kerana Dewan tersebut begitu signifikan kepada China dan Malaysia.

Katanya gambar yang diserahkannya itu berupa hadiah daripada kerajaan China kepada keluarga Tun Razak yang menjadikan Malaysia negara pertama Asean yang menjalin hubungan diplomatik dengan China.

Beliau memberi penghargaan kepada "bapa dan anak" iaitu Allahyarham Tun Razak dan Najib yang beliau sifatkan sebagai berkongsi sentimen yang sama kepada China dalam mengukuhkan hubungan antara keduadua negara.

Wen berkata perbincangan dua hala dan majlis menandatangani empat MoU yang berlangsung hari ini antara keduadua negara, menandakan lembaran baru dalam hubungan kedua-dua negara dan menyifatkan hubungan erat antara China dan Malaysia seperti "mendalamnya akar pokok" yang telah membantu menghasilkan dedaunan yang merimbun dan hasil buahbuahan yang bertimbun.

Dalam ucapan balasnya, Najib berkata beliau akan "menggali lebih banyak telaga" bagi memastikan "aliran air akan sentiasa melimpah" yang boleh dinikmati bersama demi manfaat keduadua negara.

Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Wen di atas layanan istimewa yang diberikan kepadanya.

Beliau berkata disebabkan hubungan istimewa antara China dengan Malaysia, beliau memilih untuk melakukan lawatan ke China selepas Asean, selepas menjadi perdana menteri dua bulan lalu.

Najib berkata beliau bukan setakat akan mengikut jejak langkah ayahanda beliau, tetapi akan berazam untuk membawa hubungan MalaysiaChina ke tahap yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi bersandarkan hakikat bahawa China telah maju jauh ke hadapan.

Perdana Menteri berharap Malaysia dan China akan menjadi rakan dalam membentuk arah baru bagi mengukuhkan lagi hubungan bersama. Katanya, generasi pertama telah melaksanakan peranan dengan menjalin hubungan diplomatik 35 tahun lalu, dan kini masanya generasi seterusnya untuk meneruskan tugas tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan