MB Pahang dapat perintah tangguh bayar RM63 juta

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menangguhkan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana didakwa melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Pekan dekat sini.

Hakim Datuk V.T Singham membenarkan permohonan itu sehingga kes rayuan Menteri Besar terhadap perintah mandamus yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman pada 20 April lepas didengar di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata jika permohonan penangguhan berkenaan ditolak dan jika rayuan Adnan pula berjaya, ia kemungkinan menyebabkan bayaran penghakiman yang dibuat tidak dapat diperoleh kembali kerana mahkamah mengambil kira faktor kewangan syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang hanya mempunyai modal berbayar RM100 dan tidak mengemukakan penyata akaun beraudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak 2001.

"Jika MB berjaya dalam rayuannya, kerajaan negeri akan menghadapi kesukaran (mendapatkan balik jika bayaran sudah dibuat)," kata Hakim Singham.

Pada 20 April lepas, Abdul Halim memutuskan bahawa Adnan perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari selepas membenarkan permohonan perintah mandamus kepada syarikat pembalakan itu.

Bagaimanapun, Adnan yang diwakili peguam Datuk Mohammad Shafee Abdullah memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan itu pada 21 April lepas serta memohon penangguhan bayaran penghakiman.

Terdahulu, sebelum membacakan keputusannya, Hakim Singham mendedahkan bahawa beliau telah dihubungi seorang wanita yang mendakwa sebagai setiausaha kepada Penasihat Undang-undang Kerajaan Pahang, Datuk Mat Zara'Ai Alias, dua hari lepas yang mahu mengetahui keputusan yang akan dibuat pada hari ini.

Katanya ia merupakan kejadian pertama yang berlaku padanya sejak menjadi Hakim.

Mohammad Shafee kemudian menyatakan bahawa beliau dimaklumkan bahawa Mat Zara'Ai tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk menghubungi Hakim Singham.

Peguam Seruan Gemilang, Karpal Singh ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan meneliti terlebih dahulu keputusan mahkamah pada hari ini sebelum mengambil tindakan lanjut. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan