UMNO dapatkan pandangan Ketua Cawangan pinda perlembagaan parti

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua ketua cawangan Umno diminta memberi cadangan berhubung pindaan Perlembagaan Umno agar perubahan yang bakal dilakukan memberi manfaat kepada akar umbi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata surat kepada semua ketua cawangan telah dihantar secara berperingkat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya ketua cawangan diberi masa selama sebulan untuk mengemukakan maklumat balas sebelum Perhimpunan Agung Umno diadakan Oktober ini.

Tengku Adnan juga berkata Perhimpunan Agung Umno kali ini hanya akan membincangkan ucapan dasar Presiden tanpa melibatkan sebarang usul lain.

Ketika mengulas persediaan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai bulan depan, Tengku Adnan berkata persiapan berjalan lancar.

"Kita dah mula menghantar jentera ke sana. Ketua Penerangan telah berada di sana sejak semalam, sebuah pasukan lagi akan berlepas ke sana hari ini untuk memberi maklum balas kepada kita berhubung calon yang layak untuk bertanding," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan