Terengganu perlu siasat secara menyeluruh kes bumbung stadium runtuh

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kerajaan negeri Terengganu menyiasat dengan menyeluruh kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak runtuh awal pagi ini, memandangkan bangunan itu baru dibina.

Beliau berkata perlu disiasat sama ada kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dan pengesahan bangunan stadium itu selamat digunakan, dibuat mengikut prosedur yang betul ataupun tidak.

"Kerosakan sikit-sikit tu biasalah, tapi kalau runtuh sana, runtuh sini, ia tidak menggambarkan profesionalisme," katanya pemberita selepas menutup Program Titian Gemilang V yang merupakan kursus motivasi bersepadu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2009 anjuran Pertubuhan Alumni KelabKelab Umno Luar Negara di sini semalam.

Beliau berkata apa yang penting ialah semua pihak mahu tahu punca kepada kejadian itu.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi semalam, hampir 60 peratus struktur bahagian bumbung stadium yang berharga RM270 juta yang dirasmikan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas telah runtuh.

Ditanya mengenai cadangan agar kerajaan membenarkan bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia atas dasar kemanusiaan, Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air adalan tegas.

"Hentikan debat mengenai Chin Peng dan komunis agar luka lama tidak berdarah kembali, terima keputusan kabinet dan kerajaan dan hargailah wira-wira Malaysia yang terkorban akibat memerangi komunis ketika zaman darurat," katanya.

Kerajaan tidak akan melayan cadangan dari mana-mana pihak untuk membangkitkan isu Chin Peng dan komunis, katanya.

"Rakyat Malaysia harus sedar mengenai betapa zalimnya komunis, ramai orang yang meninggal dunia, ada yang menjadi orang kurang upaya, itu sudah jelas menunjukkan kezaliman mereka," katanya.

"Kalau keluarga anda yang terlibat, mesti ada perasaan marah, cuba bayangkan kalau kita lah yang mempunyai ahli keluarga yang terseksa akibat kezaliman komunis, takkan kita (kata) balik lah, sila lah, kita sediakan permaidani merah untuk mereka (Chin Peng dan golongan Komunis)," katanya.

Mengenai kemelut isu kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP), Muhyiddin berkata pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROs) memaklumkan kepada beliau yang mereka memerlukan masa untuk menyediakan laporan lengkap.

Katanya ROS akan memaklumkan kepadanya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila laporan tersebut siap kelak.

Mengenai masalah kekeliruan pengambilan pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah menimbulkan rasa kurang puas hati ibu bapa dan pelajar terbabit, Muhyiddin berkata beliau akan berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dalam mesyuarat kabinet esok untuk maklumat terperinci mengenainya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan