Pengerusi PKR Pulau Pinang alu-alukan Huan sertai parti

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang akan mengalu-alukan Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan untuk menyertai PKR sekiranya beliau berhasrat berbuat demikian, kata Pengerusi PKR Negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Zahrain berkata Huan sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk menyertai PKR tetapi masih belum dimuktamadkan lagi.

"Kami rasa sangat gembira untuk mengalu-alukan pemimpin seperti Huan sekiranya beliau berminat menyertai PKR memandangkan beliau dijangka membawa bersamanya kira-kira 1,000 penyokong," katanya kepada pemberita di sini selepas majlis angkat sumpah Mansor Othman sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 di sini hari ini.

Beliau berkata Huan tidak menolak kemungkinan lompat parti dan menyertai pembangkang berikutan pertemuan mereka baru-baru ini.

Bagaimanapun, dalam respons segera, Huan berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menyertai PKR buat masa ini sungguhpun seolah-olah wujud perselisihan dalam parti Gerakan negeri.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Zahrain kerana tawaran itu tetapi saya masih belum membuat keputusan sama ada untuk menyertainya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Katanya, beliau menyerahkan nasibnya untuk ditentukan oleh jawatankuasa kerja pusat (CWC) Gerakan.

"Saya akan tunggu dan lihat bagaimana Gerakan mengendalikan isu saya ini memandangkan saya masih belum membaca surat tunjuk sebab daripada parti kerana saya masih berada di Kuala Lumpur," katanya.

Huan berkata beliau akan membaca surat itu, yang dihantar ke rumahnya di Pulau Pinang apabila beliau pulang dalam beberapa hari lagi dan membuat keputusan sama ada untuk menjawab atau sebaliknya.

Bulan lepas, Huan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan tertinggi parti dan hasratnya untuk keluar daripada parti itu yang mengakibatkan beliau diberi surat tunjuk sebab oleh CWC parti. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan