Ahli perniagaan Malaysia yakin prospek dagangan China

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Ahli perniagaan Malaysia berkeyakinan mengenai peningkatan prospek perniagaan dengan China dalam tempoh masa depan terdekat apabila mereka datang beramai-ramai ke sini untuk menyokong lawatan rasmi pertama Datuk Seri Najib Tun Razak ke China sebagai Perdana Menteri, mulai hari ini.

Lebih daripada 200 ahli perniagaan Malaysia dijangka menghadiri Forum Perniagaan MalaysiaChina di China World Hotel di Beijing Khamis.

Mereka turut membawa bersama brosur dan sisipan khas akhbar mengenai lawatan rasmi Najib dan maklumat bertulis mengenai syarikat masing-masing Lebih daripada sedozen Memorandum Persefahaman dijangka ditandatangani pada Khamis antara ahli perniagaan Malaysia dan China.

Hubungan perdagangan antara Malaysia dan China mencecah AS$39.06 bilion pada 2008, yang merupakan satu peningkatan 10.3 peratus berbanding dengan 2007.

Kemunculan China sebagai satu kuasa ekonomi telah diakui oleh Najib di dalam artikelnya di dalam China Daily hari ini apabila beliau menyatakan bahawa China hari ini adalah ekonomi kedua terbesar di dunia di segi pariti kuasa membeli (PPP) dan ekonomi yang ketiga terbesar selepas AS dan Jepun, di segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal.

"Ia mempunyai rizab asing terbesar dunia dan kian menjadi penting dan peserta yang berpengaruh di dalam pentas dunia, kata Najib.

Sebagai contoh, Shanghai, yang menjadi tapak Ekspo Dunia pada tahun depan, telah mendapat jolokan sebagai satu lagi Detroit masa depan apabila lebih banyak syarikat kereta mewujudkan pangkalan mereka di bandaraya yang sibuk itu.

Pengarah Urusan HaiO Enterprise Bhd Tan Kai Hee berkata ahli perniagaan Malaysia memberikan sokong sepenuh mereka terhadap lawatan rasmi Najib.

"Ini sangat penting kepada kita kerana forum itu kemungkinan membuka lebih banyak pintu kepada kita. Yang utamanya, kita perlu memberikan sokongan kepada Perdana Menteri kita yang telah datang ke mari untuk memberikan kita galakan," kata Tan.

Syarikatnya mengimport jumlah besar bahan mentah bagi produk herbanya.

Seorang lagi ahli perniagaan Malaysia yang berada di sini bagi menghadiri forum itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif INS Bioscience Bhd Datuk Yeat Sew Chuong.

Syarikatnya juga sedang berusaha meningkatkan kerjasama dengan China melalui usahasama di Dalian, yang akan meningkatkan pengeluaran minuman herbanya mulai bulan depan.

Yeat, yang juga Pengerusi Majlis PKS MalaysiaChina, berkata kini permintaan menuman itu kian meningkat dan usahasama itu memerlukan ditambah satu lagi talian pengeluaran.

Beliau berkata satu cadangan usahasama dengan para pelabur China mengenai projek kilang insulin juga kemungkinan dilaksanakan sebaik sahaja perundingan selesai. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan