Umno Kedah desak Kerajaan Negeri atasi isu pusat penyembelihan khinzir

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Umno Kedah mendesak kerajaan negeri supaya segera menyelesaikan isu pusat penyembelihan khinzir di Kampung Berjaya di sini ekoran bantahan penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Bashah Md Hanipah berkata, pusat penyembelihan itu sudah tidak sesuai beroperasi di kawasan berkenaan kerana ia terletak dalam bandar dan berhampiran kawasan perumahan.

Pusat penyembelihan itu sepatutnya dirobohkan semalam oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAs), tetapi ditangguhkan atas arahan kerajaan negeri kerana tiada pusat penyembelihan yang baru.

Pusat penyembelihan yang terletak berhampiran kawasan perumahan penduduk itu telah beroperasi selama lebih 30 tahun.

"Langkah kerajaan negeri menangguhkan perobohan pusat penyembelihan itu tanpa menyediakan sebarang pelan perancangan pemindahan adalah satu tindakan yang tidak bijak, dan merugikan pemilik pusat penyembelihan serta penduduk Kampung Berjaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beberapa penduduk membuat bantahan terhadap kegagalan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan itu walaupun terdapat arahan untuk berbuat demikian sebelum ini.

Seorang pemduduk, Md Salleh Abd Rahman, 68, berkata penduduk Kampung Berjaya berharap kerajaan negeri memandang serius masalah itu dan mengambil tindakan segera demi kebersihan persekitaran dan kesihatan lebih seratus penduduk di situ. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan