Rangka program dakwah guna ICT, titah Raja Nazrin

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah pentadbiran Islam wajib bersedia merangka satu dasar secara jelas berhubung program dakwah menggunakan gelombang media baru atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Satu jalinan kerja di antara ulama dan ahli teknologi mestilah dirintis agar kebaikan dari teknologi gelombang dunia ICT dapat memberi manfaat kepada ulama," titah baginda.

Umat Islam mesti mengakui bahawa penguasaan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan pra syarat penting bagi menyebarkan Islam secara lebih berkesan demi manfaat umat pada hari ini dan akan datang, titah baginda.

Titah baginda perkembangan sistem teknologi maklumat pada hari ini melalui media internet dengan kewujudan laman web, blog dan lain-lain telah digunakan secara meluas untuk memenuhi matlamat dan tujuan pelbagai kumpulan.

Media cetak dan media elektronik konvensional tidak lagi menjadi pilihan utama dalam jaringan komunikasi moden tanpa sempadan, titah baginda sebelum mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIMP) kali ke166 di Kompleks Islam di sini.

Titah baginda ketidakupayaan mana-mana pihak untuk menggunakan serta memanfaatkan gelombang komunikasi baru ini akan menyebabkan umat Islam sekali lagi dilihat tidak berupaya mengikuti kemajuan dan perkembangan sains dan teknologi.

"Jangan sampai generasi akan datang terpaksa membayar harga, tertinggal di belakang disebabkan kealpaan generasi hari ini, jangan dibenarkan berlaku senario yang membolehkan generasi akan datang menyalahkan generasi hari ini," titah baginda.

Raja Dr Nazrin Shah turut bertitah kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa di kalangan umat manusia merupakan satu rahmat ciptaan Allah yang mesti dimanfaatkan untuk membuktikan bahawa Islam adalah bersifat universal.

"Islam tidak hanya indah secara teori bahkan lebih terserlah dalam amalan hidup seharian. Contoh teladan yang murni dan sifat 'mengkota apa yang dikata' merupakan pendekatan dakwah lebih ketara dan lebih bermakna berbanding aktiviti berbentuk kuliah dan ceramah," titah baginda.

Baginda bertitah Islam tidak menolak amalan budaya yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas ajarannya dan selagi budaya tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam, perkembangannya tidak harus disekat atau dihalang. "Kegagalan mentafsir kepelbagaian budaya dan bahasa sebagai aset merupakan satu kelemahan yang perlu diatasi. Justeru itu, persepsi Islam jangan sama sekali disempitkan.

"Penjelasan antara konsep-konsep dan hubung kait agama dengan budaya dan kumpulan etnik perlu difahami. Agama Islam adalah untuk seluruh umat dunia tanpa ada sempadan kaum atau budaya," titah baginda.

Raja Dr Nazrin Shah bertitah Islam bukan milik masyarakat Melayu semata-mata kerana kaum-kaum lain yang mempunyai nilai-nilai budaya, mereka mempunyai hak yang sama mengamalkan Islam dan merayakan peristiwa-peristiwa penting Islam berlandaskan nilai budaya masing-masing.

"Dakwah Islam dan penyebaran Islam akan difahami dan lebih dapat diterima melalui perantaraan bahasa dan budaya yang difahami oleh kumpulan etnik masing-masing," titah baginda.

Raja Dr Nazrin turut mengumumkan geran pelancaran sebanyak RM2 juta sumbangan MAIAMP bagi membina sebuah masjid baru di kawasan seluas 3,776 meter persegi di Taman Tasek Jaya di sini dengan reka bentuk ciriciri seni bina kebudayaan Cina.

"Masjid ini akan dapat menjadi pusat ibadat, pusat perkembangan ilmu, pusat maklumat, pusat kemasyarakatan untuk manfaat tujuh kawasan perumahan iaitu Taman Seri Tasek, Taman Tasek Baru, Taman Manikavasagam, Taman Tasek Jaya, Taman Musim Bunga, Taman Tasek Mutiara dan Taman Tasek Berlian," titah baginda.

Baginda juga menyarankan supaya komponen pusat niaga dan kafetaria turut dimasukkan supaya masjid berkenaan memiliki kemudahan yang lebih lengkap dan menyeluruh. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan