Malaysia bimbang perkembangan ketenteraan di rantau Asia Pasifik

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia bimbang dengan peningkatan kekhuatiran dan persaingan antara kuasa besar yang saling meningkatkan belanjawan ketenteraan mereka serta memperkukuhkan kerjasama dan pakatan dalam bidang ketenteraan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata ini merupakan satu lagi cabaran besar terhadap kesejahteraan, kestabilan dan keamanan yang komprehensif, khususnya di rantau Asia Pasifik.

"Sebahagian besar daripada ini berkait rapat dengan tindak balas terhadap peralihan dalam kesimbangan strategik dan kuasa ekonomi, dari Barat ke Timur, susulan daripada kebangkitan ekonomi China dan negara lain di Asia," katanya dalam ucaptama pada Mesyuarat Meja Bulat Asia Pasifik ke23 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata persaingan itu malangnya telah menceroboh masuk ke dalam institusi yang ditubuhkan untuk kerjasama serantau demi faedah bersama dan memberi tekanan kepada mereka untuk berfungsi secara efektif.

"Saya fikir ini amat penting kepada keamanan dan kestabilan serantau, bagi negara berkenaan dan komuniti keselamatan secara amnya menangani perkembangan ini secara serius," katanya.

Beliau berkata ini adalah penting kerana persaingan bagi pemerolehan ketenteraan dan strategi pertahanan boleh membawa kepada bahaya berlebihan dan mendorong langkah provokasi bersama secara berterusan yang akan memburukkan lagi keadaan.

Muhyiddin berkata beberapa negara telah memasukkan dalam dokumen rasmi dan kenyataan mereka dengan mengenal pasti China bagi alasan untuk meningkatkan kapasiti ketenteraan mereka dan memperkukuhkan pakatan dan kerjasama pertahanan dengan sekutu.

"Mereka secara nyata menunding kepada potensi China untuk mencabar kedudukan mereka di rantau ini, perbelanjaan ketenteraannya, dakwaan kurang telus dan peningkatan kehadiran strategik dan pencapaiannya, sebagai alasan kenapa mereka mengambil langkah berjagajaga dan tindak balas itu.

"Pada pandangan saya, China tidak mungkin menjadi begitu berkuasa atau memberikan ancaman besar sepertimana digambarkan. Kuasa ekonomi tidak akan bertumpu di China sepertimana di Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua.

Oleh itu, katanya keselamatan lestari hanya boleh dibina melalui saling bekerjasama, dan Asia Pasifik merupakan rantau yang lebih baik untuk mencapai matlamat itu berbanding rantau lain.

"Perjanjian pakatan dan keselamatan pertahanan perlu secara inklusif menitikberatkan usaha menggalakkan keselamatan bersama dan bukan secara eksklusif, menggalakkan permusuhan.

"Kami (rantau Asia Pasifik) juga mempunyai proses inklusif bagi kerjasama keselamatan seperti Forum Rantau Asean (ARF) yang boleh dibangunkan lagi dan dijadikan lebih substantif," katanya.

Muhyiddin berkata tuntutan bertindih terhadap kawasan dan sumber sebaiknya diselesaikan melalui rundingan dan perbincangan secara aman dan adalah baik jika eksploitasi bersama sumber dapat dipertimbangkan, sementara menunggu penyelesaian pertikaian, jika sesuai.

Saki baki pemberontak, anggota militan dan keganasan turut menjadi cabaran besar di rantau Asia Pasifik.

"Kerajaan Malaysia tidak bertoleransi terhadap perbuatan keganasan. Mungkin pengalaman Malaysia mungkin adalah relevan untuk menangani pemberontakan dan keganasan bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di kawasan lain di dunia," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan