Gerakan beri surat tunjuk sebab kepada Huan

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gerakan akan memberi surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya Huan Cheng Guan berikutan kenyataan beliau yang mengkritik kepimpinan parti itu.

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow berkata, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu yang bermesyuarat malam tadi memandang serius tindakan Huan itu dan membuat keputusan akan memberi surat tunjuk sebab kepadanya.

Tiga hari lepas, Huan melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan tertinggi Gerakan dan berkata beliau akan meninggalkan parti itu.

"Walaupun menghormati hak Huan untuk melahirkan pendapatnya, CWC menganggap kenyataannya baru-baru ini khususnya yang mencemuh parti melalui akhbar, adalah keterlaluan dan telah mencemar imej parti.

"Tindakannya itu mencetuskan perbalahan dan perpecahan dalam parti yang tidak boleh diterima oleh CWC," kata Teng dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata parti itu belum menerima sebarang notis daripada Huan mengenai peletakan jawatannya.

Perlembagaan Gerakan mensyaratkan seseorang anggota yang ingin melepaskan jawatan perlu memberi notis 30 hari secara bertulis kepada setiausaha cawangannya dan menghantar satu salinan notis berkenaan kepada CWC melalui setiausaha agung.

"Oleh itu, CWC membuat keputusan bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadapnya, sejajar dengan perlembagaan parti," kata Teng.

Huan, yang dihubungi hari ini, berkata beliau belum menerima sebarang surat tunjuk sebab berhubung perkara itu.

"Tunggulah sampai saya menerimanya. Saya kena lihat dulu kandungannya. Mungkin mereka kata mereka sayangkan saya atau sebagainya atau mungkin mereka menghantar surat yang silap kepada saya.

"Perkara ini boleh berlaku. Yang pasti, saya akan memberi komen setelah menerimanya," kata Huan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan