45% sokong prestasi Najib, mahu tangani isu ekonomi

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat puluh lima peratus rakyat menyatakan rasa puas hati dengan prestasi Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mengambil alih tampuk kepimpinanan sebagai Perdana Menteri dua bulan lalu.

Sokongan untuk Najib yang juga Presiden Umno, sebahagian besarnya datang daripada kaum Melayu iaitu 53 peratus.

Ia disusuli sokongan masyarakat India dalam sekitar 64 peratus.

Arah sokongan itu meningkat daripada 41 peratus akhir tahun lalu ketika beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Perkembangan itu diperoleh hasil tinjauan umum kendalian Merdeka Center membabitkan 1,067 responden. Mereka ditemui antara 6 dan 15 Mei lalu.

Najib dilantik Perdana Menteri 3 April lalu menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam respons kepada soalan tentang isu penting yang perlu ditangani Perdana Menteri, soal ekonomi mendapat tempat utama.

Soal ekonomi menjadi pilihan 35 peratus responden dan disusuli tujuh peratus meminta agar menyediakan layanan adil kepada semua kaum.

Isu krisis Perak menduduki tempat ketujuh dengan sokongan tiga peratus responden.

Isu-isu politik tidak mendapat perhatian kalangan responden, sebaliknya mahu Najib tangani segera isu ekonomi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan