Model Manohara "lari" ketika berada di Singapura

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Manohara Odelia Pinot dicium oleh ibunya sebaik tiba di rumah mereka di Jakarta, Indonesia. _ foto AFP
Manohara Odelia Pinot dicium oleh ibunya sebaik tiba di rumah mereka di Jakarta, Indonesia. _ foto AFP

KUALA LUMPUR: Model Indonesia Manohara Odelia Pinot, isteri Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra, kembali menjadi tumpuan selepas beliau mendakwa suaminya melayaninya dengan kejam.

Hari ini, model berusia 17 tahun itu menjadi paparan media cetak Indonesia selepas "lari" ketika berada di Singapura.

Laporan Banjarmasin Post yang memetik Manohara, yang berkahwin dengan Tengku Mohamad Fakhry, 31, berkata, model itu telah melarikan diri dari sebuah hotel di Singapura semalam.

Walaupun ditahan oleh pegawai-pegawai istana, menurut laporan tersebut, beliau telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Singapura selepas terlihat menerusi CCTV yang Manohara sedang bergelut dengan mereka.

Manohara dilaporkan bebas dengan bantuan Kedutaan AS, Singapura dan kemudian disatukan dengan ibunya yang berada di tingkat bawah hotel berkenaan.

Pasangan Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry dan Manohara berada di Singapura untuk menziarahi Sultan Kelantan yang kini menjalani rawatan kerana masalah jantung di Mount Elizabeth hospital.

Berita Kompass pula melaporkan bahawa Kementerian Luar Indonesia akan bertindak jika Manohara membuat aduan rasmi.

Laporan Jakarta Post pula menunjukkan Manohara dicium oleh ibunya, Daisy Fajarina di rumah mereka di Sipli, Jakarta Barat.

Daisy telah beberapa kali muncul dalam program gosip TV dengan mendakwa anak perempuannya dicului dan dianiaya.

Jelas Daisy, beliau akan mengambil tindakan ke atas Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry, dan menyalahkan pihak berkuasa Malaysia dan Indinesia yang cuba menutup penganiayaan ke atas anaknya itu.

"Perkara yang menjadi kebimbangan ternyata muncul benar. Manohara telah dianiaya secara fizikal. Dia juga telah alami kecederaan di bahagian dada disebabkan pisau cukur," kata Daisy kepada AFP semalam.

Kata beliau, Manohara sudah pun memfailkan tuntutan cerai.

Pada sidang media sebaik sahaja tiba di Indonesia, Manohara mengesahkan dakwaan ibunya bahawa beliau telah dianiaya.

Manohara yang dipetik AFP berkata, beliau masih "trauma" dengan apa yang terjadi selepas mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Secara diam-diam, katanya, beliau telah memanggil polis Singapura dan merayu bantuan ketika berada di republik itu.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan Malaysia tidak mahu terlibat dalam kes tersebut.

"Saya merasakan ini lebih bersifat soal peribadi. Kita tidak seharusnya diheret ke dalam situasi itu... biarkan ia seperti yang berlaku," katanya di sini.

Tiada komen daripada kerabat diraja Kelantan.

Peguam Manohara, Yuri Darmas berkata, model itu akan menjalain pemeriksaan untuk menyokong dakwaan penganiayaan.

AFP memperoleh maklumat daripada laman web Detikcom, Indonesia memetik seorang kawan Putera bahawa model berkenaan telah dibenarkan meninggalkan hotel secara sukarela dan menyalahkan ibinya mempengaruhi Manohara sengaja membuat cerita mengenainya.

Kawannya, Mohd Soberi Shafii berkata, model itu akan diperiksa oleh "seorang doktor berkecuali di Australia, Singapura atau London" untuk menyokong dakwaannya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan