Mansor angkat sumpah TKM 1 Pulau Pinang Rabu

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti semalam akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I negeri itu Rabu ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam tadi.

Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.

"Saya akan syorkan supaya Mansor dilantik sebagai TKM1 nanti," katanya.

Dalam pada itu Lim turut mengucapkan tahniah kepada Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat.

"Ini adalah kemenangan rakyat, kita akan terus bekerja untuk rakyat," katanya.

Malah perkembangan itu turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan