CEO AirAsia pitam di LCCT

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes kini berehat di rumah setelah disahkan sihat oleh doktor selepas beliau pitam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini petang ini.

Dalam kenyataannya, Air Asia berkata, Tony dibawa ke Pusat Perubatan Pusrawi di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah pitam sebaik saja tiba di LCCT dengan penerbangan dari Pulau Pinang.

Doktor berkata Tony pitam kerana keletihan dan oleh itu menasihati beliau supaya berehat, katanya.

Kenyataan itu berkata, Tony pulang dari Pulau Pinang selepas menghadiri majlis meraikan penerbangan sulung Pulau Pinang-Singapura AirAsia pagi tadi. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan