Tragedi runtuhan: Penghuni rumah berhampiran diarah pindah

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 69 penghuni 12 rumah teres dua tingkat di Jalan 14/15 yang terletak berhampiran bangunan runtuh yang pernah menempatkan Supermarket di sini diarah berpindah serta-merta.

Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata kesemua mereka diarah berpindah setelah polis mendapat nasihat daripada pakar bahawa bangunan terbabit tidak selamat dan boleh runtuh keseluruhannya pada bilabila masa.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan penduduk terlibat, mereka semua bersetuju untuk pindah. Kami telah menawarkan kepada mereka untuk ditempatkan di Dewan Seri Setia Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tetapi mereka menolak," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata pihak kontraktor dan pemaju bersetuju untuk menempatkan kesemua penduduk yang terlibat itu di sebuah hotel berdekatan.

Kesemua penduduk itu akan dipindahkan sehingga proses meroboh keseluruhan bangunan pusat membelibelah itu selesai dan kawasan itu didapati selamat untuk didiami, katanya.

Mohamad Roslan berkata beberapa anggota polis dan pihak urusetia MBPJ akan ditempatkan di kawasan perumahan penduduk yang dipindahkan itu bagi memastikan ia tidak diceroboh.

Sementara itu, seorang penduduk Chin Yok Yin, 70, berkata kontraktor telah bersetuju menempatkan mereka di sebuah hotel beserta pembiayaan sebanyak RM150 untuk satu keluarga.

"Ini bukan masalah wang tetapi masalah keselesaan kami sekeluarga. Kalau satu keluarga hanya diberi satu bilik macam mana nak selesa," katanya yang tinggal di rumah bernombor 6.

Seorang lagi penduduk, Ong Pek Kim, yang berusia 40an berkata kerja merobohkan bangunan itu sepatutnya dijalankan sejak Mac tahun lepas tetapi tertangguh.

"Mereka buat kerja dari pukul 8 pagi sehingga pukul 7 malam setiap hari dan sangat bising. Kami terima untuk dipindahkan kerana faktor keselamatan tetapi tidak tahu sampai bila," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan