Semua mayat mangsa runtuhan akan dihantar pulang ke Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesemua mayat mangsa tragedi runtuhan bangunan Jaya Supermarket di sini Khamis lepas, akan dihantar pulang ke kampung masing-masing di Indonesia selepas bedah siasat dan laporan polis selesai.

Kaunselor (Maklumat dan Perhubungan Awam) Kedutaan Indonesia di Malaysia, Widyarka Ryananta berkata pihak kedutaan dimaklumkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bahawa bedah siasat terhadap kesemua mayat itu akan dilakukan esok.

Setakat ini, hanya tiga mayat sudah dikenalpasti iaitu Muhd Maskur, 31, Anwaruddin, 38, dan Hadi, 30.

Widyarka berkata ketiga-tiga mayat itu dikenalpasti melalui penemuan dokumen pengenalan diri dan pengecaman daripada saudara-mara dan rakan.

"Mayat yang lain belum dapat dikenalpasti lagi, manakala mayat yang tidak sempurna akan dilakukan ujian DNA bagi mengenalpasti indentitinya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Widyarka berkata kebanyakan mangsa yang terkorban berasal dari daerah Jawa Timur, Indonesia dan keluarga mereka telah dimaklumkan melalui Jabatan Kerja di Jawa Timur.

Beliau berkata satu perbincangan berhubung kejadian itu antara duta Indonesia ke Malaysia bersama pemaju dan kontraktor akan diadakan pagi esok di kedutaan Indonesia di sini.

Sementara itu, sepupu kepada tiga beradik yang tekorban dalam tragedi itu, Suhaimi Khairi, 32, berkata pengecaman mayat Hadi, 30, yang ditemui semalam dibuat selepas penemuan sekeping gambar anak mangsa.

"Saya cam kasut yang dipakai, kakinya dan sekeping gambar anaknya di dalam poket seluar mangsa," katanya yang ditemui di Jabatan Forensik PPUM.

Suhaimi berkata tiga cebisan mayat yang ditemui itu tidak dapat disahkan sama ada mayat Fauzan atau Rauf @ Yanto.

"Ketiga-tiga mayat ini hanya tinggal cebisan sahaja, jadi saya tidak dapat membuat pengecaman yang mana satu mayat Fauzan dan Rauf," katanya.

Suhaimi berkata ketigatiga mayat itu akan dihantar pulang ke kampung halaman mereka di Madura, Jawa Timur.

Dalam kejadian Khamis lepas, sebahagian bangunan yang berusia hampir 35 tahun itu runtuh semasa kerja perobohan dilakukan sehingga mengorbankan tujuh nyawa melibatkan pekerja rakyat Indonesia. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan