PKR dakwa 10 pengundi Penanti dipindahkan ke kawasan lain

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa 10 pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti telah hilang peluang untuk mengundi hari ini kerana telah dipindahkan ke bahagian lain tanpa pengetahuan mereka.

Koordinator Undang-undang PKR Penanti, Lim Boo Chang berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada pengundi berkenaan bahawa nama mereka yang sebelum ini didaftarkan dalam DUN Penanti telah dipindahkan ke DUN Permatang Pasir.

"Pada pilihan raya kecil Permatang pauh sebelum ini, kesemua mereka itu mengundi di DUN Penanti.

"Tapi kali ini apabila mereka menyemak nama, didapati nama mereka telah dipindahkan ke DUN Permatang Pasir tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Daripada 10 pengundi berkenaan, sembilan adalah pengundi Cina dan seorang Melayu.

Kata Lim, pengundi-pengundi berkenaan telah melaporkan mengenai perkara tersebut kepada PKR melalui talian hotline.

"Kita akan bertindak mengenai perkara ini, kita akan laporkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) nanti," katanya.

Sementara itu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi mStar Online berkata pihaknya perlu meneliti dan menyiasat aduan yang dikemukakan berhubung perkara sedemikian.

"Kita tak akan pandang remeh mengenai perkara sebegini, kita minta mereka buat aduan serta kemukakan semua butiran yang berkaitan untuk kita siasat," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan