PERJALANAN PILIHAN RAYA KECIL DUN PENANTI

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENGUNDI...  Calon Bebas, Nai Khan Ari satu-satunya calon bertanding berpeluang mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti. - foto The Star oleh MUSTAFA AHMAD
MENGUNDI... Calon Bebas, Nai Khan Ari satu-satunya calon bertanding berpeluang mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti. - foto The Star oleh MUSTAFA AHMAD

BERIKUT perkembangan sejak pagi tadi pada hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang.

5 PETANG: Proses kira mengundi sudah bermula.

5.15 PETANG: Hanya 46 peratus atau 7,100 orang keluar mengundi.

5 PETANG: Pusat pegundian di semua saluran DUN Penanti ditutup. Proses pengiraan undi akan bermula pada bila-bila masa.

4 PETANG: Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan sekitar 44.36 peratus atau 6,824 keluar mengundi.

3.30 PETANG: Hanya 42.2 peratus atau 6,492 pemilih telah membuang undi masing-masing.

2.10 PETANG: Hanya 38.77 peratus keluar mengundi sehingga 2 petang tadi. Peratusan keluar mengundi di Peti Undi Jalan Berapit 37.2 peratus daripada 1,461 pemilih dan 49 peratus di Peti Undi Telok Wang (295 daripada 599 pemilih).

12.20 TENGAH HARI: Calon Bebas, Aminah Abdullah melawat pusat mengundi Dewan Kg. Tun Sardon. Suasana di sini juga lengang.

12.20 TENGAH HARI: Calon PKR Mansor Othman melawat pusat mengundi SMK Guar Perahu. Suasana di sini juga lengang.

12.15 TENGAH HARI: Paras keluar mengundi 'dingin' - hanya 29.86 peratus atau seramai 4,593 orang yang telah menunaikan tanggungjawab mereka sehingga 12 tengah hari.

11.30 PAGI : Dua calon Bebas, Nai Khan dan Aminah Abdullah bertemu ketika melawat pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Mengkuang.

10 PAGI : Kira-kira 14.6 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab. Orang ramai terus memenuhi pusat-pusat mengundi. Proses pengundian berjalan lancar.

9.15 PAGI : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof melawat peti undi di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.

9.10 PAGI : Tinjauan di beberapa pusat pengundian mendapati Parti Keadilan Rakyat mematuhi arahan tersebut dengan menyediakan meja semakan.

Bagaimanapun kenderaan parti yang menghantar pengundi tetap mempunyai logo parti. Namun tiada sebarang tindakan diambil, pihak polis masih berkompromi dalam isu tersebut.

8.45 PAGI : Calon Bebas, Nai Khan Ari membuang undi.

8.30 PAGI : Calon Bebas, Nai Khan Ari tiba di pusat pengundian dewan KAFA Kg. Tun Sardon.

8.15 PAGI : Orang ramai mula beratur untuk membuang undi masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti.

8.00 PAGI : Pusat pengundian di DUN Penanti mula dibuka.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan