3 maut, 11 cedera MPV terbabas di LPT

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Tiga rakyat Indonesia maut manakala 11 lagi cedera termasuk lapan parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas dan terbalik sebelum dirempuh sebuah kereta lain di km128.1 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Temerloh, di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, kejadian berlaku pada pukul 6.40 petang ketika MPV berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke arah Kuantan.

"Semua identiti mangsa yang maut di tempat kejadian belum dikenal pasti, kenderaan itu dinaiki 14 lelaki termasuk pemandunya, seorang rakyat tempatan.

"Lapan penumpang lain, yang juga rakyat Indonesia cedera parah dan mereka dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ahmad Fadzillah berkata, pemandu kereta jenis MyVy yang melanggar MPV terbabit hanya cedera ringan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, semua rakyat Indonesia itu mempunyai dokumen yang sah, dan mereka dikatakan pekerja ladang yang dalam perjalanan ke sebuah ladang di Terengganu.

"Kejadian menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 2km, dan polis sedang mengawal keadaan lalu lintas," katanya.

Ahmad Fadzillah berkata, punca kejadian masih disiasat. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan