PPP: Kayveas kekal Presiden, Murugiah pengerusikan mesyuarat MT

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Di sebalik krisis kepimpinan, Datuk M. Kayveas mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini.

Kayveas menyandang jawatan itu sejak 1993.

Beliau mendapat 10 pencalonan bagi jawatan tersebut.

PPP pimpinan Kayveas mengadakan proses penamaan calon pemilihan pusat hari ini, selama tiga jam bermula 9 pagi tadi.

Ia diadakan di Ibu Pejabat PPP di Jalan Kg. Attap di sini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Sekretariat Pemilihan parti itu, Mahedndrarajah hari ini.

Bagi jawatan Naib Presiden, sembilan calon layak bertanding.

Mereka ialah M. Gandhi, Datuk chiw Tiang Chai, Datuk Dr J. Loga Bala Mohan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof, V. Soma Sundaram, Dr. K. D Siva Kumar dan A. Chandrakumaran.

Ini termasuklah dua penyandang jawatan tersebut Datuk Lee Heng dan Datuk Maglin D' Cruz.

Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi, 29 calon layak bertanding bagi merebut 25 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka ialah Inder Singh, S. Simon, Harriddz Mohan Abdullah, Thaujdeen Noor Mahadeen, Sunny Goh Teck Chin, Kamal Batcha Noor Mohaideen, Ascalin Frenandez, B. Subramaniam, Dr Eddy Chew Cheng Bin, John Lau Pang Heng.

Turut dicalonkan Jimmy Hoh Wee Shuan, Ong Chee Keng, D. Chandran, Tiong Yap Choon, V. Muralitharan, S. Nedumaram, M. Chandrasegar, Greogry Chan Chee Phun, Jamaluddin Gulamhan, K. Silveryohan, S.P. Vijayan, Zakaria Abd Rahman, A. Samaalah, S. Ghana, N. Vijaya Chandran dan Dr. Naran Singh.

Sementara itu Kayveas mengucapkan terima kasih atas sokongan ahli PPP kepadanya.

"Nampaknya perjuangan saya belum selesai lagi. Saya ambil kesempatan ini yang diberikan sebagai Presiden walaupun ada sedikit cabaran dalam parti.

"Ini menjadi seperti satu trend sejak 10 tahun yang lalu 1979, 1980, 1999, 2009, perkara ini macam satu proses kematangan kepada parti.

"Saya bersyukur kerana semua prosedur berjalan lancar. Saya berharap pemilihan parti pada 7 Jun depan akan berjalan lancar," katanya.

Kayveas yang juga bekas ahli Parlimen Taiping turut mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengesahkan bahawa beliau akan hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPP minggu depan.

"Sudah menjadi tradisi sebagai Pengerusi BN, Perdana Menteri akan hadir dan merasmikan perhimpunan agung tahunan setiap parti-parti komponen. Perdana Menteri tidak akan memihak kepada sesiapa," katanya.

Jelasnya, perhimpunan agung yang akan berlangsung minggu depan menunjukkan kekuatan dan perpaduan ahli-ahli PPP menghadapi apa jua cabaran.

Dijangka 2,200 perwakilan akan hadir pada perhimpunan parti itu.

PPP mempunyai 3,427 cawangan di seluruh negara.

MURUGIAH PENGERUSIKAN AMT

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah yang dipilih oleh kumpulannya sebagai Presiden PPP mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti tersebut di Sentul dekat sini.

Mesyuarat tersebut berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Ia antara lain membincangkan soal keahlian, struktur organisasi dan hubungan PPP dengan parti komponen Barisan Nasional.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan