Najib: Tee Keat akan jelaskan isu PKFZ

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat akan memberi penjelasan berhubung setiap perkara yang dibangkitkan dalam laporan audit berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, beliau telah meminta Ong untuk menyediakan penjelasan itu bagi pihak kerajaan.

"Saya sudah minta Datuk Seri Ong Tee Keat membuat penjelasan bagi setiap perkara yang dibangkitkan oleh laporan audit.

"Jadi hal itu boleh dirujuk kepada beliau sebab beliau akan sediakan segala penjelasan kerajaan atas setiap perkara (dalam laporan audit)," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas laporan audit projek PKFZ yang disediakan oleh firma audit antarabangsa, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang menyatakan kos projek itu mungkin meningkat kepada RM7.453 bilion termasuk faedah berbanding kos asal sebanyak RM1.957 bilion.

Hab pindah kapal PKFZ seluas 405 hektar itu, yang menempatkan gudang, blok pejabat dan hotel bertaraf empat bintang, diselubungi kontroversi selepas didedahkan bahawa kos pembangunannya melambung tinggi daripada kos asalnya yang kurang dari RM2.5 bilion meningkat kepada RM4.6 bilion.

Semalam, laporan audit mengenai projek itu diumumkan dan turut boleh diakses oleh orang ramai melalui internet selama dua minggu bermula kelmarin.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan