Kelab Penyokong PAS dinaik taraf Dewan formal

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KONVENSYEN...  Kelab Penyokong PAS mengadakan konvensyen kebangsaan 2009 di Klang hari ini. Ia dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KONVENSYEN... Kelab Penyokong PAS mengadakan konvensyen kebangsaan 2009 di Klang hari ini. Ia dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KLANG: PAS sedang mengkaji untuk menaik taraf Kelab Penyokong PAS sebagai dewan atau sayap formal bagi mengiktiraf keanggotaan masyarakat bukan Islam dalam parti itu.

PAS sudah membentuk jawatankuasa teknikal bagi mengkaji perkara tersebut secara mendalam.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

"Saya yakin harapan ini akan menjadi realiti selepas Muktamar PAS bulan depan," katanya pada Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009 hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz ketika ditemui pula berkata, beliau mengalu-alukan syor tersebut sambil berkata, tindakan tersebut sepatutnya telah dilakukan dari dulu lagi.

"Sudah lewat, sepatutnya sudah lama dilakukan," kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Mujahid, Kelab Penyokong PAS terdiri daripada lebih 20,000 ahli daripada kauam India, Cina, Siam dan Iban.

Ia ditubuhkan pada tahun 2004.

Mujahid percaya kajian mengenai pindaan perlembagaan bagi tujuan itu akan siap dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Bagaimanapun katanya, isu tersebut tidak akan dibawa ke Muktamar Tahunan PAS minggu depan.

"Kemungkinan perkara ini akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden PAS dan kemudian dibincangkan oleh perwakilan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan