Dua lagi mayat ditemui di tapak runtuhan Jaya Supermarket

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua lagi mayat ditemui antara runtuhan konkrit di bangunan Jaya Supermarket di Petaling Jaya tengah hari ini menjadikan bilangan yang terbunuh dalam tragedi itu kepada enam orang setakat ini.

BERITA TERDAHULU

Operasi menyelamat semakin sukar, tiga lagi mangsa masih belum ditemui

Lokasi kedudukan tiga lagi mangsa yang dipercayai masih terperangkap di dalam timbunan bangunan runtuh di Seksyen 14 di sini masih gagal dikesan pasukan mencari dan menyelamat sehingga 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi pasukan penyelamat berikutan terdapatnya banyak jengkaut), selain keadaan serpihan bongkah simen yang tergantung dan dinding yang bilabila masa boleh runtuh.

"Terlalu banyak pecahan konkrit yang menyebabkan pasukan penyelamat sukar untuk bergerak. Mereka terpaksa berhatihati dalam setiap pergerakan kerana bimbang serpihan bongkah yang boleh mengancam keselamatan mereka," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini malam tadi.

Arjunaidi berkata pasukan mencari dan menyelamat terpaksa membersihkan dahulu runtuhan itu dengan memecahkan bongkahbongkah batu dan mengeluarkannya bagi memudahkan mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang.

Sehingga kini korban insiden bangunan runtuh yang pernah menempatkan Jaya Supermarket petang semalam meningkat kepada empat orang.

Mayat mangsa ketiga iaitu Mukhmamad Maskur, 31, ditemui di bawah runtuhan awal pagi ini dan hanya berjaya dibawa keluar pada pukul 2 petang tadi, dan mayat keempat pula yang dikenali sebagai Anuaruddin, 38, dikeluarkan pada pukul 4.07 petang.

Semalam dua mayat dibawa keluar iaitu mayat pertama dikenali sebagai Alsuki Nahru, 58 mankala mayat kedua masih tidak diketahui identitinya.

Kesemua mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan