Manek Urai: Mustapa dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil - Berita Semasa | mStar

Manek Urai: Mustapa dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai, Kelantan yang akan diadakan Julai ini.

Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengarah pilihan raya kecil DUN itu, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata, Mustapa, yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada parti PAS meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lepas, Perdana Menteri berkata: "Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan."

"Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi," katanya.

Ditanya mengenai kriteria calon yang dikehendaki, Najib berkata: "Kita tak tetap apa-apa kriteria, kita nak calon yang terbaik."

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 14 Julai ini.

Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang meminta penyokong Umno tidak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada Ahad ini, Najib berkata: "Ini bermakna apa jua tindakan yang akan dilakukan, ia adalah tindakan di peringkat individu."

"Pendirian kita ialah kita tak terlibat sama sekali," katanya.

Umno sebelum ini memutuskan untuk tidak terlibat sama sekali dalam pilihan raya itu. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan