Kayveas anggap laporan sengaja untuk jatuhkannya

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Senator Datuk M Kayveas mendakwa tindakan satu kumpulan anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) yang membuat aduan mengenainya kepada Pendaftar Pertubuhan Jumaat, sebenarnya sengaja dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan beliau.

Katanya kes berkaitan beliau dan Majlis Peguam tiada kena-mengena dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Kumpulan itu dalam aduan mereka hari ini berkata Kayveas pernah didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam pada 17 Mac 2005 kerana kesalahan mengikut Seksyen 10D Akta Penjawat Undang-Undang 1976, sekaligus menjadikan dia tidak layak memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu pertubuhan berdaftar.

"Kes dengan Majlis Peguam dan denda RM5,000 itu masih belum dimuktamadkan lagi kerana saya sudah buat rayuan, dan mereka yang membuat laporan (aduan) ini tidak tahu apa kes ini sebenarnya, mereka hanya mengganggu parti," kata Kayveas kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PPP Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Menurutnya beliau terpaksa menerima sahaja cubaan untuk menjatuhkannya yang dilakukan oleh pihak tertentu, yang pada pandangannya sedang mencuba untuk merampas kuasa.

"Saya terima sajalah apa yang mereka cuba nak buat, mungkin ada yang suka tengok saya macam ini dan mungkin juga saya tidak sepintar mana di dalam politik," katanya.

Kemelut PPP meruncing apabila Senator Datuk T.Murugiah, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang sebelum ini dipecat sebagai anggota Majlis Tertinggi parti, "dipilih" sebagai presiden baru parti itu menggantikan Kayveas pada satu mesyuarat tergempar yang dipersoalkan kesahihannya, di Putrajaya Ahad lepas.

Pada masa yang sama, Kayveas mempertahankan bahawa beliau masih presiden PPP yang sah, jawatan yang disandangnya sejak 1993, dan menyelar tindakan Murugiah mengadakan mesyuarat tergempar itu tanpa mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi parti.

Perkara itu kini disiasat Pendaftar Pertubuhan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terlebih dahulu akan memeriksa status PPP dengan Pendaftar Pertubuhan sebelum menentukan sama ada beliau perlu menghadiri perasmian Mesyuarat Agung parti komponen Barisan Nasional itu nanti. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan