Ahli Umno hadapi tuduhan mahkamah digantung jawatan parti

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PROMOSI 1MALAYSIA...  Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden Umno tertarik melihat treler milik Kumpulan Bintang yang akan mempromosikan konsep 1Malaysia sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Hadir sama timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kiri) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bintang Datuk Shalimin Shafie. Kesemua treler milik Kumpulan Bintang akan tertera perkataan
PROMOSI 1MALAYSIA... Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden Umno tertarik melihat treler milik Kumpulan Bintang yang akan mempromosikan konsep 1Malaysia sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Hadir sama timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kiri) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bintang Datuk Shalimin Shafie. Kesemua treler milik Kumpulan Bintang akan tertera perkataan "Ke Arah 1Malaysia" bagi tujuan mempromosi konsep itu ke seluruh negara. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Umno memutuskan ahlinya yang menghadapi dakwaan di mahkamah akan digantung daripada jawatan dalam parti serta-merta.

Bagaimanapun, kedudukan mereka itu akan dikembalikan sekiranya didapati tidak bersalah kelak.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam mesyuarat selama kira-kira dua jam petang tadi.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, MT Umno secara prinsipnya menerima syor Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menguatkuasakan peraturan tersebut.

"Kita dari segi prinsipnya bersetuju atas syor Jawatankuasa Pengurusan bahawa sesetengah orang itu yang dikenakan tuduhan di mahkamah, jawatannya (dalam parti) akan digantung.

"Sekiranya dia berjaya dalam proses mahkamah, dia akan mendapat semula jawatannya," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat MT.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika dihubungi mStar Online berkata, mana-mana ahli yang menghadapi dakwaan di mahkamah kini berpeluang untuk menjawat semula jawatan yang disandang mereka selepas proses mahkamah selesai.

"Dulu, jika mereka menghadapi tuduhan di mahkamah, kita akan gantung jawatan mereka.

"Sekarang, mereka akan dapat kembali jawatan mereka selepas selesai proses mahkamah itu," katanya.

Sementara itu, MT turut bersetuju untuk menambah jumlah ahli Lembaga Disiplin termasuk panel penyiasat dan tribunal rayuan.

Najib berkata, lima ahli baru bagi lembaga itu adalah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Ismail Said; bekas Penolong Kanan Penguasa Badan Pencegah Rasuah, Wahab Wahid; peguam, Datuk Zuraidah Atan; pesara inspektor polis, Nordin Saidin dan pesara penguasa polis, Mohd Zain Ismail.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan