PKR nafi larang Fairus berkempen di Penanti - Berita Semasa | mStar

PKR nafi larang Fairus berkempen di Penanti

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan yang mengatakan parti itu melarang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin daripada turut serta dalam kempen pilihan raya kecil DUN Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata parti itu tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya pemimpin-pemimpin tertentu untuk tidak turut berkempen.

"Tidak...tidak...tidak. Saya tolak (dakwaan), taka ada sebarang bentuk arahan yang mengatakan 'sipolan bin sopolan' tak boleh berkempen...tak ada," katanya dalam sidang media di Yayasan Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang mengatakan Fairus tidak dibenarkan turut serta dalam kempen membantu calon PKR, Mansor Othman kerana boleh menjejaskan sokongan pengundi terhadap parti itu.

Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti pada 16 April lalu kerana atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.

Menurut sumber, Fairus kini sedang menyambung pengajiannya di Australia.

Pada pilihan raya umum 2008 Fairus, menang dengan majoriti 2,219 undi.

Jumlah undi yang diperolehi ialah sebanyak 7,346 undi.

Tambah Saifuddin tidak timbul larangan kepada mana-mana pemimpin agar tidak bertanding kerana semua pimpinan parti akan memberikan sokongan bagi membantu memenangkan calon yang mewakili parti.

"Secara kebiasaannya pemimpin dalam parti tahu akan tanggungjawab masing-masing.

"Pada dasarnya kita memerlukan semua pemimpin yang boleh membantu memberi kemenangan," katanya.

Ditanya sama ada PKR mampu untuk mendapat undian melebihi jumlah undi yang diperoleh Fairus dahulu, Saifuddin berkata bagi pihak parti beliau berharap agar jumlah undi yang bakal diperolehi akan meningakat.

"Walaupun tanpa Fairus, saya doakan peningkatan (undi) akan berlaku pada pilihan raya ini tidak kira siapa pun calonnya.

"Malah mana-mana parti yang bertanding yakin individu itu boleh buat yang lebih baik daripada pemimpin sebelumnya," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan