Najib terkejut dengan tahap kezaliman Ah Long

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh ceti haram atau ah long terhadap mangsa mereka yang gagal melunaskan hutang.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undangundang negara terhadap ah long itu.

"Saya berharap rakyat Malaysia akan sedar dan jadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada mereka untuk tidak sama sekali meminjam daripada ah long," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan unjuran rasmi kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekejaman ah long yang memperlakukan seperti binatang terhadap tiga lelaki dengan merantai leher dan kaki mereka kerana gagal membayar hutang, serta dikurung dalam "lokap" buatan ah long.

Mangsa juga hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas. Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara.

Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.

Ditanya sama ada beliau telah menerima laporan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROs) berhubung status Parti Progresif Penduduk (PPP), Najib berkata beliau telah meminta laporan mengenainya daripada ROS dan akan menyemaknya.

Semalam, beliau berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) itu ada menjemput beliau merasmikan mesyuarat agung PPP pada 7 Jun ini tetapi akan menunggu keputusan ROS mengenai status parti tersebut.

Mengenai isu Blok Ambalat, Najib berkata rundingan mengenai isu batas maritim itu akan diteruskan bagi menyelesaikan sebarang masalah.

Ambalat ialah blok perairan di Laut Sulawesi yang kaya dengan minyak mentah.

Masalah tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia ke atas blok Ambalat sudah berlarutan sekian lama. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan